Selain yang memuji, ada yang seolah-olah pesimis apabila memberi reaksi pelbagai berhubung ‘gaya kasar’ saat mengemudi Gegar Vaganza (GV), meski ia tidaklah keterlaluan.

Malah, timbul juga isu yang mempersoal kredibiliti pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad sewaktu berinteraksi dengan juri tetapnya, Datuk Ramli MS.

Lawak kasar yang sering menyentuh isu peribadi kerap diketengahkan setiap minggu, tanpa membuatkan pengarah muzik yang juga suami kepada penyanyi, Datin Alyah itu terasa hati.

Lalu, ada yang memuji sifat spontan lelaki ini dan tertanya-tanya apakah ‘ilmu’ yang digunakan sehingga mampu membuatkan juri yang terkenal dengan sifat serius dan tegas itu bersikap lebih ‘mesra’.

Nabil Ulas, Isu ‘Gurau Kasar’ Dengan Tok Ram Di GV, – “Tak Ramai Boleh Tackle, Mana Dia Kata Okay Kami Teruskan.” Nabil Ulas, Isu ‘Gurau Kasar’ Dengan Tok Ram Di GV, – “Tak Ramai Boleh Tackle, Mana Dia Kata Okay Kami Teruskan.” Nabil Ulas, Isu ‘Gurau Kasar’ Dengan Tok Ram Di GV, – “Tak Ramai Boleh Tackle, Mana Dia Kata Okay Kami Teruskan.”

“Kita semua kenal Datuk Ramli MS seorang yang berbeza di rancangan lain bukannya di Gegar Vaganza. Setiap orang punya gaya tersendiri menerusi setiap rancangan berbeza.

IKLAN

“Misalnya baru-baru ini saya menjadi hos program Maharaja Lawak Mega Hot Seat, saya tidak cuna untuk tidak buay lawak atau membahan lawak peserta yang tidak berapa menjadi kerana ia seolah-olah saya tidak menghormati idea yang di ketengahkan mereka,” jelasnya kepada MH.

Lalu, bintang ini turut mengakui cara pengacarannya berbeza saat mengendali GV.

“Manakala di GV, saya cuba menjadikannya rancangan hiburan yang santai dan menghiburkan. Berbalik ke Tok Ram, inilah perbezaannya.

“Jika di Akademi Fantasia, orang mengenalinya sebagai seorang yang serius namun di GV, dia cuba tonjolkan karakter kelakar. Inilah TV Show, kita harus versatil, barulah dapat bertahan.

IKLAN

“Dan untuk ‘menjinakkannya, saya gunakan dedak (ketawa). Tidak ramai yang boleh tackle Tok Ram, namun syukur saya dan Jihan dapat ruang tersebut.

“Lagipun kami sudah punya latihan, mana yang dia kata okay, kami akan teruskan. Kami hanya mahukan GV menjadi rancangan keluarga,” katanya.

Nabil ditemui pada majlis Pelancaran Astro Ultra Box di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Astro Ultra Box merupakan pengalaman ultra merangkumi ciri-ciri seperti 4K UHD, rakaman awan, paparan pengguna baharu yang lancar, dan keupayaan merakam pelbagai program serentak.

IKLAN

Nabil Ulas, Isu ‘Gurau Kasar’ Dengan Tok Ram Di GV, – “Tak Ramai Boleh Tackle, Mana Dia Kata Okay Kami Teruskan.”

Nabil Ulas, Isu ‘Gurau Kasar’ Dengan Tok Ram Di GV, – “Tak Ramai Boleh Tackle, Mana Dia Kata Okay Kami Teruskan.”

 

Foto : Instagram Nabil, Ramli MS & Astro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI