“Tidak Salahkan Mawar…”- Fizo Omar Enggan Ulas Masih Serumah Atau Tidak, Bukan Sebab Orang Ketiga

Share

Kisah rumah tangga pelakon Fizo Omar dan isterinya, usahawan Mawar Abdul Karim dikatakan menghadapi konflik rumah tangga.

Malah, isu tersebut nyata menjadi perhatian di laman media sosial dan menurut Fizo, ia bukan berpunca dari orang ketiga.

Terbaru menerusi Harian Metro, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar memberikan penjelasan perihal kemelut rumah tangganya.

“Saya tidak menyalahkan Mawar atau mahu mengaibkan sesiapa pun atas apa yang berlaku. Apa yang berlaku adalah ujian Allah untuk menguji keimanan hambaNya.

“Saya berdoa Allah kurniakan penyelesaian terbaik dalam rumah tangga kami.

“Seandainya Dia sudah tentukan perpisahan adalah yang terbaik buat kami, saya reda dengan ketentuanNya,” katanya seperti yang dipetik.

Kongsi Fizo, dia dan isteri sebelum ini sudah berbincang secara baik untuk menyelesaikannya pada Ramadan lalu.

Namun, Mawar diakui ada mendapatkan khidmat peguam untuk menyelesaikan isu tersebut.

Pelakon yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu memaklumkan, dia hanya mendapat tahu Mawar sudah bertemu peguam untuk mendapat nasihat berkaitan rumah tangga mereka menerusi media.

“Namun, apabila saya dapat tahu Mawar sudah mendapat nasihat daripada peguam, saya tahu perkara ini sudah menjadi serius.

“Saya sendiri terkejut apabila dapat tahu mengenai berita itu. Buat masa ini, saya masih menunggu perkembangan dan tindakan selanjutnya daripada Mawar dan peguamnya untuk menyelesaikan isu rumah tangga kami ini,” katanya lagi.

Sebelum ini, mahligai pasangan terbabit dikatakan berdepan masalah dan mula menjadi bualan apabila Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.

Terdahulu, Fizo dikhabarkan beraya di Kelantan manakala Mawar dan anaknya pula meraikannya di Pulau Pinang.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Ditanya sama ada keduanya masih tinggal sebumbung, Fizo juga dipetik enggan mengulas lanjut.

Malah, bintang ini turut mengenai apa sahaja yang terjadi pada perkahwinan mereka, dia tidak akan mensia-siakan anak, Wan Maryam, 2 tahun.

MH mendoakan agar kemelut rumah tangga yang berlaku dalam rumah tangga pasangan ini dapat selesaikan secepat mungkin.

Sumber : Harian Metro Online

Published by
Nazar Rafiqhi