Berita

Tidak Tahu Diri Dirakam, Penyebaran Video Lucah Anak Vokalis Popular Perbuatan Khianat Bekas Kekasih

Share

Dalam perkembangan terkini kes melibatkan Audrey Davis yang merupakan anak kepada vokalis Kumpulan Naif, David Bayu, suspek yang menyebarkan video tersebut kini telah ditahan polis.

Hanya dikenali sebagai AP dan berusia 27 tahun, suspek dikenal pasti merupakan bekas kekasih Audrey.

Turut mengakui bahawa lelaki di dalam video tersebut adalah dirinya, AP mengakui bahawa dia yang bertanggungjawab menyebarkan video lucah rakaman dirinya dan Audrey.

Pesuruhjaya Polis Ade Safri Simanjuntak berkongsi kepada media tempatan, pihaknya menemui fakta itu selepas penyiasat menjalankan siasatan forensik digital ke atas telefon bimbit kepunyaan AP.

Hasil siasatan penyiasat menemui kesan digital video lucah dan perbualan AP dengan individu lain di media sosial X. Dalam perbualan itu, AP menawarkan video tersebut yang menampilkan Audrey Davis kepada pemilik akaun X itu.

BACA JUGA: Anak Perempuan Vokalis Popular Mengaku Terlibat Dalam Video Lucah, Dua Penyebar Sudah Ditangkap

Motif penyebaran video tersebut pula disahkan kerana suspek berasa sakit hati dengan Audrey apabila wanita itu mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka sebagai kekasih.

Menurut Ade Safri lagi, “Suspek sakit hati selepas diputuskan sebagai kekasih oleh, jadi suspek mahu memalukan Audrey dengan mengedar video tidak bermoral atau lucah terbabit.”

Dalam fakta lain, video tersebut dirakan sekitar penghujung tahun 2022. Audrey juga menyatakan bahawa dia tidak tahu bahawa aksinya yang sedang melakukan hubungan badan dengan suspek sedang dirakam ketika itu.

Dalam siasatan terhadap telefon bimbit suspek, pihak polis menjumpai lima lagi video yang tersimpan. Selain itu dalam serbuan di rumahnya, fiail asal video itu turut ditemui disimpan di dalam pemacu kilat yang masih ada di komputer riba suspek.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Media Hiburan