Anggota kumpulan K-Clique, Noki mengakui masih berusaha mengikis sikap panas baran dalam diri, seterusnya menjadi individu yang lebih baik berbanding sebelumnya.
Noki memberitahu, demi menjaga nama baik serta jenama kumpulan K-Clique itu sendiri, dia perlu mengawal sikap buruk tersebut agar khalayak tidak memandang serong.
“Saya akui dulu seorang yang cepat marah dan panas baran. Namun, selepas K-Clique makin dikenali, saya mula terfikir sampai bila nak berperangai begini?
“Lagipun kerjaya ini adalah sumber pencarian utama saya. Jadi saya perlu ubah sikap dan tidak boleh buat perkara sesuka hati.
Ads
“Saya bersyukur dikelilingi kawan-kawan yang positif terutama anggota K-Clique yang banyak memberikan nasihat dan teguran supaya tidak melayan komen atau perkara yang boleh mencetuskan kemarahan,” katanya kepada MH.
Menurut Noki, sikap panas baran yang ada dalam dirinya bukan berlaku setiap masa.
Ads
“Prinsip saya mudah. Orang luar jangan sentuh ibu bapa saya atau cuba melakukan perkara yang boleh menyakitkan hati.
Ads
“Tidak semua perkara saya mudah ‘naik hantu’.
“Tengok juga keadaan dan situasi, cuma baru-baru ini apabila saya memaki hamun seorang pemilik akaun di Instagram Live sebab dia bersikap kurang ajar hingga membabitkan kedua orang tua saya,” akhiri Noki.
Dalam perkembangan lain, Noki kini muncul dengan single Gila dendangan Kaka Azraff yang turut menampilkan rapper, Loca B.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ruhainies tampil menjelaskan sebab diriya hadir dalam keadaan senyum ke mahkamah bagi pertuduhan kes khalwat bersama pelakon Singapura, Aliff Aziz pada pagi Rabu.
Ketika ditemui MH, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, dia sangat teruja melihat rakan media berkumpul di perkarangan mahkamah.
“Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media dekat sini, saya teruja setelah sekian lama tak berjumpa kalin semua. Saya bersyukur sebab kalian sudi datang awal pagi untuk prosiding hari ini.
“Ruhainies berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas prosiding pertuduhan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.
Tambah pelakon drama ‘Terjerat’ itu lagi, dia juga merupakan seorang yang tidak pandai untuk berlakon menangis secara sengaja di hadapan kamera.
“Mengenai itu, takkan saya nak menangis pula, saya tak pandai berlakon, tak pandai menangis depan kamera,
Ketika ditanya adakah dia hadir bersama Aliff, Ruhainies menafikan perkara itu dan memaklumkan bahawa mereka hanya jalan seriningan memandangkan meletakkan kereta secara berdekatan di parkir mahkamah.
“Eh tidak, kami datang asing cuma waktu datang mahkamah sahaja sama dan kami parkir secara berdekatan.”
Terdahulu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas pertuduhan liwat yang dilakukan mereka.
Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Siti Sarah dan suaminya, Shuib kembali berduet menerusi lagu Semakin Benci Semakin Cinta selepas sembilan tahun berpadu suara.
Ternyata, naskhah ciptaan dan lirik oleh Ajai itu pastinya menjadi makna istimewa memandangkan Sarah kini sedang hamil anak keempat mereka.
Sebelum ini, Sarah dan Shuib terlebih dahulu pernah muncul menerusi single Nyawa Itu Cinta yang dilancarkan sekitar tahun 2012 lalu.
Menurut Sarah, meski kita sedang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, dia melihat ini waktu yang sesuai untuk mereka berkongsi karya baharu kepada semua.
“Lagu ini sudah dirakamkan sejak setahun lalu, lebih tepat ketika negara kita berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) yang pertama dahulu.
“Idea lagu ini hadir daripada Ajai sendiri apabila dia yang ingin melihat kami berduet. Malah lagu ini memang diciptakan khas buat saya dan Shuib.
“Ikutkan selepas siap dirakam memang tiada tarikh untuk lagu ini dilancarkan. Jadi, dalam keadaan saya menunggu hari untuk melahirkan anak keempat dan Shuib juga tidak terlalu sibuk dengan urusan perniagaan, jadi inilah waktu tepat untuk diperdengarkan kepada peminat,” katanya.
Meski tajuk lagu menggambarkan kisah cinta, namun ini bukanlah babak kehidupan yang dilalui pasangan ini. Namun, ia dilihat sesuai untuk dihayati berdasarkan situasi semasa ketika ini.
“Situasi lagu ini menggambarkan bagaimana dua insan yang saling menyayangi terpaksa berjauhan atas sebab tertentu. Dalam tempoh ini wujud pelbagai kejadian yang menduga rasa cinta mereka. Bagaimana ukuran cinta bukanlah berdasarkan jarak tetapi perasaan itu sendiri.
“Dengan keadaan negara kita yang berhadapan dengan pandemik ini, pasti ramai yang melalui situasi yang sama.
“Bukan sekadar tidak dapat bertemu orang tersayang, malah ada yang tidak dapat pulang ke kampung berbulan lamanya untuk bertemu orang tersayang. Jadi lagu ini saya anggap cukup kena dengan situasi sekarang,” tambahnya lagi.
Sementara itu, pelawaan Ajai untuk berduet tidak dipandang sepi oleh Shuib. Melihat ini sebagai hadiah untuk isterinya yang kini sedang berbadan dua, besar harapannya untuk melihat lagu ini diterima baik pendengar.
“Kalau mahu kata puas hati, saya memang puas hati dengan penyampaian saya dalam lagu ini. Cuma kita tidak boleh harap perkara yang sama daripada semua pendengar.
“Bukan apa selepas sembilan tahun lagu terakhir saya dengan isteri, harus diakui memang agak mencabar. Apa pun saya bersyukur dengan perlancaran lagu ini,” katanya.
Dia pada masa sama menambah, Ajai tahu tentang kemampuan vokalnya dan apa yang diciptakan itu ‘kena’ dengan mereka berdua. Seterusnya, memudahkan proses rakaman.
Untuk rekod, lagu ini diterbitkan oleh Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dengan kerjasama Wake The Baby Records Sdn Bhd dan diedarkan oleh Indigital Music.
Lagu ini sudah boleh distrim menerusi semua platform digital dan lirik video boleh ditonton di YouTube bermula 22 Jun lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...