
Selebriti sensasi, Zarina Anjoulie mengakui banyak menerima gambar-gambar berunsur lucah menerusi mesej di Instagram.
Baginya, dia sudah serik menerima foto sedemikian dan mahu mereka tidak bertanggungjawab menghentikan perbuatan itu.
“Tolong la wahai jantan stop sending me foto2 korang tak pakai baju la peluk bantal hello kitty la atas motor la bebird rentung lah,
“Aku tak terliur pun paling kuat pun kau akak jadi stock bahan gelak aku dgm followers aku,” tulisnya.
Malah, Zarina juga ada mendedahkan wajah sebenar salah seorang pelaku yang berbuat demikian.
View this post on InstagramYe aku sgt terliur Bila ada jantan sent pic camni
A post shared by BEAUTY MAFIA (@zarina_anjoulie) on
Sementara itu, menerusi ruangan komen, netizen telah meninggalkan pendapat masing-masing.
Foto: Instagram Zarina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Ini Sebab Neelofa Terbang Ke Langkawi, Kekeliruan Terjawab

Pihak Chatime Malaysia tampil menjawab berhubung isu melibatkan pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suami, Haris Ismail (PU Riz).
Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, pihaknya memberikan kenyataan berikutan isu Neelofa dan Haris yang didakwa sedang berbulan madu sebuah pulau peranginan sehingga dikatakan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana merentas negeri.
Chatime Malaysia menerusi satu hantaran di laman sosial Instagram mereka malam tadi, menjelaskan keadaan sebenar.
Menurut kenyataan yang dimuat naik, Neelofa dalam rangka lawatan kerja menerusi pembukaan cawangan baru Chatime di Zon Utara iaitu Langkawi dan Sungai Petani, Kedah serta Kangar, Perlis.
“Kenyataan rasmi berkenaan lawatan kerja melibatkan Neelofa untuk tujuan pembukaan cawangan-cawangan baru Chatime di Zon Utara (Langkawi & Sungai Petani (Kedah), Kangar (Perlis). Terima kasih,” kata kenyataan tersebut.
Kenyataan tersebut turut menyatakan lawatan berkenaan turut melibatkan beberapa kakitangan dari Bahagian Operasi dan Pengurusan Chatime Malaysia.
Malah, kebenaran untuk merentas negeri juga telah diperolehi dari balai polis berdekatan, dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni menerusi laporan media mengesahkan Neelofa ke pulau peranginan atas tujuan kerja.
Menurutnya, wakil syarikat produk minuman terbabit membuat permohonan rentas negeri di Balai Polis Sri Hartamas.
“Hasil semakan mendapati borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membenarkan pergerakan keluar empat individu itu bermula 27 Mac hingga 4 April untuk urusan kerja.
“Syarikat terbabit mengemukakan surat tertera nama Neelofa dan tiga yang lain sebagai mewakili mereka untuk melawat lokasi perniagaan yang akan dibuka di sana,” katanya, sebagaimana yang dipetik daripada Harian Metro.
Bagaimanapun, sekiranya terbukti Neelofa ke Langkawi untuk tujuan berbulan madu, pihak polis boleh mengambil tindakan kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), katanya.
Terdahulu beberapa gambar memaparkan Neelofa dan suaminya, Haris Ismail yang didakwa sampai di Langkawi tular di media sosial dengan dakwaan mereka berbulan madu, selepas tiga hari diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri.
Sumber: Instagram Chatime Malaysia, Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tidak Akan Menjadikan Bahagian Hidup Yang Ini Sebagai Drama…,” – Sharifah Sakinah

Kisah rumah tangga pelakon Sharifah Sakinah yang telah berakhir bersama suaminya, Alif Adha Jamil pada Mei lalu mendapat perhatian meluas daripada peminat.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Sakinah yang kini melalui fasa penceraian ada menitipkan kata buat para pengikutnya di Instagram.
Jelas adik kepada Sharifah Shahirah ini, dia menzahirkan ucapan terima kasih buat yang memberikan semangat.
Juga, dia kini memilih untuk fokus terhadap kerjaya seni.
“Saya mungkin diam dan tidak memberi reaksi terhadap mesej yang diterima. Terima kasih untuk mereka yang menyokong dan kepada mereka yang menghina. Ingat anda semua mempunyai keluarga juga.
“Saya tidak akan menjadikan bahagian hidup yang ini sebagai drama, saya tidak akan menghuraikan dan ingin menumpukan perhatian pada kerjaya saya.
“Sekiranya sesiapa yang mempunyai masalah dengan apa pilihan saya dalam hidup, pakaian yang dipakai, atau tindakan saya anda boleh ‘unfollow’ ruangan ini.
“Jangan ragu untuk memberi komen, cuba jangan saling bertengkar, kita semua mempunyai perkara yang lebih baik untuk dilakukan hari ini. #penggoda #pendosa,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on
Imbas kembali, Sakinah mendirikan rumah tanggs bersama Alif pada 28 Mac 2015.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Anais Adha, 3 tahun.
Sakinah baru-baru ini mendapat perhatian ramai apabila mendedahkan, dia kini sudah pun berpisah dengan Aliff.
Sebelum ini, pasangan ini mendirkan rumah tangga pada 28 Mac 2015 dan dikuniakan seorang anak perempuan.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sudah Terbiasa, Tak Mahu Berpanjangan” – Kilafairy Perjelas Isu ‘Baju Sawa Seksi’

Penyanyi, Kilafairy mengakui dia sudah terbiasa dengan kata-kata serta komen berbaur kritikan yang diterima berhubung penampilan yang dikatakan seksi.
Katanya kepada MH, bintang berusia 27 tahun ini bagaimanapun tidak mahu untuk mengulas lebih lanjut mengenai hal berkenaan, bimbang ia nanti akan berpanjangan.
Kilafairy nama sebenarnya Syakila Nisa berkata demikian sebagai mengulas persalinan cetak ular sawa yang dikenakannya pada sebuah majlis jenama antara bangsa, baru-baru ini.
Majlis yang turut dihadiri beberapa artis terpilih itu mendapat reaksi pelbagai netizen apabila ada di antara mereka yang berpenampilan seksi, termasuk anak kepada Rohana Jalil itu.
“I tak ada komen pasal benda tu I tak boleh nak komen pasal benda tu sebab I tak nak benda tu berpanjangan.
“Pasal soal simbol seks pula, ia memang daripada dulu lagi dah saya dah terbiasa. Apa pun, apa yang yang saya buat ialah, saya move foward and prove to them that I can do better that’s all,” kongsinya lanjut.
Pada masa sama, Kilafairy yang mesra disapa Kila turut akui dia sering menerima direct message (DM) berunsur kecaman dan berbaur negatif.
Namun, bintang tersebut lebih selesa untuk tidak mengambil pusing selagi ia tidak melampaui batas.
“Benda ini adalah perkara biasa kadang-kadang dia orang buat fake account saja jer nak kita reply nak tengok kita baca ke tak DM.
“Jadi Kila tak ambik hati dah tak pikir sangat pasal benda ni,” katanya kepada MH.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Dalam perkembangan lain, Kilafairy telah melancarkan satu produk makanan kesihatan yang diberi nama KILAFIT.
Kilafairy telah ditemui oleh MH ketika majlis pelancaran produk tersebut yang berlangsung di Forest Valley Hall, Cheras, petang tadi.
View this post on InstagramOh hey, didn’t see you there 🙈 #trippinwithtarte #sephoralovestarte
A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
Foto : Instagram Kilafairy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI