“I want to take a break kak for a while.” Itu perkongsian yang diberikan pempengaruh, Ameera Khan kepada kakaknya, Noor Neelofa selepas memilih untuk memadam semua foto di Instagram, baru-baru ini.
Neelofa menjelaskan, Ameera yang disapa Little Miss Khan itu sedang berehat untuk memberi ruang masa kepada diri sendiri.
“Benda ini kan sudah few times jadi. Cuma biasalah… kalau ditanya dari sudut saya sebagai kakak, bagi saya dia sedang membesar. Malah situasi dia dalam proses itu berbeza berbanding zaman saya.
“Maksudnya, dia dapat perhatian itu awal berbading kita. Ketika umur belasan tahun sudah terima perhatian. Mungkin dia tidak berkesempatan untuk ke belakang sejenak, tengok dan nilaikan balik atau apa yang perlu diperbaiki, macam tu.
“Benda begitulah saya rasa membuatkan dia berhenti sekejap (media sosial). Tidaklah bermakna dia ‘frust’ tidak. Ia hanya personal journey. Dia pun ada bertanya saya begitu begini,” katanya kepada MH.
Neelofa bagaimanapun berpendapat ia berlaku kerana adiknya itu sedang melalui proses mengenali diri.
“Lebih kepada cara dia untuk mengenal, perbaiki diri pada usia begitu. Mungkin dia tengah mencari apa yang terbaik untuk dirinya.
“Kalau saya yang ulas pun mungkin ia bukan jawapan tepat, hanya dia yang tahu jawapan sebenar,” katanya.
Usahawan ini juga menambah, Ameera banyak bertanya hal berkaitan hal rohani.
“Ia lebih kepada macam persoalan agama. Dia banyak bertanya pasal aurat, hukum hakam. Jadi apa yang saya tahu, saya kongsi.
“Kalau sebaliknya, saya rujuk kepada mereka yang lebih arif,” ujarnya lagi.
Sehingga kini, akaun Instagram Ameera yang mempunyai 1.4 juta pengikut masih lagi belum dimuat naik sebarang foto.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.