“Tidaklah Ibu Tinggalkan Harta Yang Banyak Melainkan Ilmu,” – Hasil PKP, Arrian Kini ‘Naik’ Al-Quran. Isteri Tomok Pesan Usah Meninggi Diri

Share

Hasil Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, isteri Tomok, Ayu Abas meluahkan kesyukuran apabila anak sulungnya, Arrian Akid Shah kini sudahpun mula menginjak ke Al-Quran.

Jelasnya, dia tiada harta untuk ditinggalkan namun ilmu agama yang diajar sendiri untuk anak-anak diharap cukup untuk kejayaan dunia dan akhirat.

“Alhamdulillah…Hasil sebulan PKP. Semalam 21/4/2020 Arrian naik Al-Quran.

“Anak-anakku sayang, tidaklah dibu tinggalkan harta yang banyak melainkan ilmu yang ada pada dibu. Rezeki dibu untuk mengajar sendiri anak-anak dibu.

“Walaupun dengan deraian air mata masa belajar (dibu sangat garang) tapi dibu harap ilmu inilah yang bakal membawa kamu berdua berjaya di dunia dan akhirat.

“Jadilah manusia yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri, bijaksana dan bertanggungjawab kepada keluarga, agama dan bangsa.

“Jangan meninggi diri, bermegah-megah dan menjadi orang yang sombong, sentiasa wasathiah (berserdehana) dalam segala apa yang kita buat. Jika kita merasa kekurangan, ada lagi orang yang merasa keperitan,” tulisnya.

Ayu turut memberi pesan buat si permata hati agar sentiasa belajar bersyukur.

“Sebab tu dibu selalu pesan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki dan jangan pernah mengeluh jika datangnya musibah.

“Sebakk-baiknya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.

“Sekian ceramah pagi rabu. nnt dah ada instagram sendiri baca apa yang dibu warkahkan ni k…dibu sayang arrian,andra,baby & ayah,” kongsinya panjang lebar.

Menerusi ruang komen, Tomok turut memberi reaksi atas hantaran tersebut.

Foto : Instagram Ayu Abas

Published by
Noraini Abd Wahab