Asad Motawh Sukses Bisnes & Baru Berusia 21 Tahun, Berjaya Miliki 2 Rumah

Share

Mengakui rentaknya agak perlahan dalam industri seni susulan pandemik Covid-19 sebelum ini, penyanyi dan pempengaruh, Asad Motawh kini selesa beri komitmen terhadap cabang rezeki lain.

Menurut Asad dia beruntung kerana mempunyai ‘team’ yang baik sekaligus menjadi penyokong kuat terhadap apa yang dilakukan.

“Untuk tahun ini saya banyak bekerja dengan jenama lain sebagai wajah wakilan. Pada masa sama, saya juga giat fokus kepada produksi sendiri. Kami ada buat muzik iklan dan iklan juga.

“Apa pun saya bertuah kerana mempunyai pasukan serta pihak pengurusan yang baik. Sebab saya percaya tanpa adanya ‘team’ begini, kita boleh nak pergi jauh.

“Meski nama saya mungkin tidak gah di luar sana, tapi kalau nak bercakap mengenai pendapatan saya selesa, alhamdulillah. Tidaklah kaya, selesa sahaja,” katanya kepada MH.

Ditanya apa aset yang berjaya dimiliki hasil pendapatannya sebagai anak seni selain aktif berbisnes di belakang tabir, Asad kini berjaya memiliki dua kediaman antaranya.

“Rumah pertama saya beli pada usia 19 tahun, sekarang saya 21 tahun. Malah saya turut berkerjasama dengan agensi bakat, Xeno.

“Jujurnya saya memang berminat dengan dunia belakang tabir. Motawh Production ialah bisnes terbaru saya.

“Rasanya saya bekerja keras adalah kerana rasa tanggungjawab. Cuma saya tidaklah tunjuk (di media sosial) sebab nanti mungkin orang akan berkata juga. Nanti lebih baik saya diam saja.

“Target saja sekarang kalau boleh mahu kembangkan lagi produksi saya. Pada masa sama, saya tidak mahu bataskan diri sendiri untuk teroka peluang lain selepas ini,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH