Pelawak dan penyampai radio, Shuib berkongsi satu kisah pada zaman kecilnya.

Dedahnya, dia pernah tinggal di sebuah rumah papan sejak kecil hingga remaja dan perkongsian tersebut dimuat naik menerusi Instagram.

Kongsi pemilik nama penuh Shahmira Muhamad itu, dia akui selesa tidur di ruang tamu dengan menggunakan kelambu ketika itu.

“Inilah rumah yg sy duduk dr umur 8 bulan – 17 tahun,,, tido dkt ruang tamu pakai kelambu, pakai pelita, mlm2 boleh dengar bunyik cengkerik.

“Rindu nak balik sini lagi, Rumah yg mengajar erti apa itu “hidup”… Jangan kisah dr mana kita datang kerana “VALUE KITA TETAP TINGGI”,” kongsinya.

IKLAN

Menerusi ruangan komen pula, ada rakan selebriti telah memberikan respon terhadap foto yang dikongsikan usahawan madu lebah itu.

IKLAN

“Tidur Dekat Ruang Tamu Pakai Kelambu, Pelita & Dengar Bunyi Cengkerik,” – Shuib Kongsi Kisah Rumah Lama, Imbau Nostalgia

“Tidur Dekat Ruang Tamu Pakai Kelambu, Pelita & Dengar Bunyi Cengkerik,” – Shuib Kongsi Kisah Rumah Lama, Imbau Nostalgia

IKLAN

Terdahulu, Shuib dianugerahkan Prestigious Leader In Retail Chain & Lifestyle Industry menerusi perniagaan madu, Bee Factory yang diusahakan kira-kira tujuh tahun lalu.

Majlis penyampaian anugerah berkenaan  disampaikan pada majlis Malaysia Prestigious Industry Award 2019 (MPIA) pada 10 November lalu.

Pada masa sama, suami kepada penyanyi Siti Sarah Raissuddin itu juga turut mengamalkan bacaan surah al-Waqiah serta memperbanyakkan amalan bersedekah dalam kehidupan sehari-hari.

Foto: Instagram Shuib

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI