Tular kisah pelakon kanak-kanak popular, Puteri Balqis selepas muncul menerusi rancangan Bersamamu, program yang bersiaran selama 30 minit itu menyingkap realiti sebenar Puteri bersama ibunya, Norashikin Mohamad Aziz atau Nouryl.

Sejak kedua ibu bapanya bercerai empat tahun lalu, remaja berusia 13 tahun ini tinggal bersama ibu.

Aktif menjual buku di jalanan sejak dua tahun lalu, jelasnya yang mesra disapa sebagai Akish, sekiranya tiada hasil jualan, mereka akan duduk di kedai makan atau di jalanan menunggu keesokan harinya kerana tidak cukup wang untuk pulang ke rumah.

Selalunya jika tiada jualan, kami tidak akan pulang ke rumah. Sebaliknya akan duduk di kedai mamak atau tepi jalan sehingga keesokan harinya dan teruskan menjual buku. Kami tidak cukup duit untuk pulang ke rumah,” jelasnya menerusi program Bersamamu.

Kehidupan dua beranak ini semakin terhimpit apabila Akish disahkan mengidap penyakit kronik pada 2018.

IKLAN

Saya sedang tidur dan terbangun akibat tersedak dan muntah penuh dengan darah. Daripada situ badan saya terus lemah dan saya tahu ada yang tidak kena,” katanya menceritakan detik permulaan diserang penyakit kronik.

Jelas ibunya, selalunya dia akan dukung setiap kali anaknya muntah darah dan meminta agar dia terus bertahan.

Pada mulanya dia hanya muntah sedikit namun lama kelamaan semakin teruk. Kadang kala dia akan terus pengsan. Sekarang, setiap hari dia akan muntah sekurang-kurangnya empat hingga lima kali sehari. Orang selalu ingat dia sudah okay dan menerima bantuan kerana dia pelakon. Tidak, ia tidak benar. Puteri seorang anak yang sangat kuat.

IKLAN

“Kami tidak berhubung dengan sesiapa, lebih mudah jika hanya kami berdua hadapi bersama. Puteri seorang yang sangat sensitif dan dia hanya selesa bercerita dengan saya,” katanya lagi.

Sebelum berpindah ke Shah Alam, dia dan ibu pernah dihalau daripada rumah sewa kerana tidak mampu membayar sewa bulanan. Malah kedua-duanya akan mencatu makanan untuk mengalas perut.

IKLAN

Selalunya kami akan makan sekali dalam sehari. Jadi saya akan membeli bahan mentah yang banyak dan masak dalam jumlah yang besar untuk dimakan dalam beberapa hari,” tambah si ibu.

Malah disebabkan faktor kewangan, rawatan penyakit kroniknya terhenti selama setahun di Pusat Pakar Perubatan Swasta di UiTM Sungai Buloh.

Selepas menjalani rawatan dan pemeriksaan, saya masih tidak dapat memberikan satu konklusi apa masalah sebenar Puteri. Saya telah jalani pemeriksaan kepada fungsi hati, buah pinggang dan sebagainya dan mendapati dia tidak mempunyai kanser, namun punya masalah berlainan,” jelas Dr Masri Muhamed menerusi program yang disiarkan.

https://youtu.be/R3x64-cW1y8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI