Gandingan pelakon Hairul Azreen dan Fify Azmi apabila membintangi dalam filem Wira kian mendapat perhatian.

Pelbagai aksi lasak diketengahkan mereka tapi jangan tak tahu, Fify rupanya seorang yang manja dan tak boleh lekang dengan bantal busuknya!

Perkara itu didedahkan Hairul perihal sikap sebenar finalis Dewi Remaja 2015 itu ketika berada di set lakonan filem Wira.

Hero filem Wira itu memaklumkan, Fify dia memiliki ‘bantal busuk’ walaupun sudah berusia 29 tahun.

“Si @fifyazmi ni pukul orang sana sini dalam filem @wira_2019 tapi tidur kena ada bantal busuk. haha, btw kesian sy tgok budak ni, first time belakon!

IKLAN

“Tak berapa faham keadaan masa Shoting lepas tu , bila ada masa walaupun 5m dia mesti hilang, kalau jumpa mesti dia tgh tido sebab kepenatan.

“Walaupun dia tak larat tapi abg bangga dgn lakonan kau fighting kau dlm filem ni,” tulisnya di satu entri di Instagram sebelum memadamkannya. 

“Tidur Kena Ada Bantal Busuk,”- Nampak Ganas Dalam Filem Wira, Tapi Hairul Azreen Dedah Sikap Sebenar Fify Azmi

IKLAN

Bagaimanapun, perkongsian sama turut dikongsikan menerusi IG Stories.

“Tidur Kena Ada Bantal Busuk,”- Nampak Ganas Dalam Filem Wira, Tapi Hairul Azreen Dedah Sikap Sebenar Fify Azmi

Terdahulu, filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini turut dibintangi Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan dan ramai lagi.

IKLAN

Pada masa sama, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, sementara pengarah popular, Dain Said tampil melakonkan watak antagonis.

Wira diterbitkan hasil kerjasama Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw serta Primeworks Studios dan telah ditayangkan di pawagam sejak 21 November lalu.

 

Foto: Instagram Hairul Azreen

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI