“Tidur Pun Saya Pakai Baju Bendera Tanda Bersyukur, Bangga,” – Sheila Rusly

Share

Hari ini merupakan satu hari istimewa yang mana seluruh rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-62.

Terkini, penerbit dan pengacara Sheila Rusly ada berbicara mengenai erti kemerdekaan di akaun Instagram miliknya.

Kongsi Sheila, sebagai rakyat Malaysia kita harus mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar.

“Jangan hanya tahu pakai baju bendera.. jangan hanya tahu kibar bendera.. jangan hanya tahu laungan merdeka tanpa mengetahui erti kemerdekaan.

“Selamat Hari Kemerdekaan ke 62 Malaysia!! Saya anak Malaysia! Saya bangga menjadi warga Malaysia!! Tido pun saya pakai baju bendera tanda saya bersyukur, bangga dengan keamanan & kesejahteraan negara kita.

“Tanah tumpahnya darahku! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

#sayangimalaysiaku #merdeka62 #sayaanakmalaysia #sentiasabersyukur #alhamdulillah” tulisnya.

Lalu, perkongsian pengacara rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu mendapat pujian daripada peminat.

Tidak kira bergelar selebriti ataupun tidak, seluruh rakyat Malaysia harus mempunyai sikap patriotik dalam diri.

Foto : Instagram Sheila Rusly

Published by
Nazar Rafiqhi