Pelakon senior, Didie Alias mendedahkan dia pernah mengalami pengalaman pahit bersama anak-anak.

Malah, dirinya turut merasakan ia adalah sesuatu momen perit. 

Kongsi Didie, ketika itu dia tidak mempunyai wang secukupnya untuk menyara lima orang anaknya. 

“Perkara yang paling sedih bagi saya adalah ketika dulu kami anak-beranak tidur di satu sudut sebelah sinki dapur di rumah (apartment) kakak angkat di Setapak, Kuala Lumpur.

“Ketika itu saya tidak bekerja dan tiada duit. Apabila saya lihat lima orang anak saya, saya berkata dalam hati “Ya Allah , mampukah aku untuk menjaga mereka?,” kongsinya ketika itu hanya mempunyai RM5 sahaja. 

Didie ditemui di sidang media Lefest Mega Raya 2020 di Pelantaran 2, PWTC pada Rabu. 

Tekad membesarkan anak-anak dengan sempurna, Didie yang juga merupakan artis Komedi Wanita Popular (ABPBH 2011) mahu mencari ‘jalan keluar’ untuk memberi keselesaan kepada anak-anaknya. 

“Selepas setahun, saya berjanji dengan Allah dan diri sendiri untuk mengubah kehidupan kearah yang lebih baik untuk mencari duit dan mencari kerja bagi membesarkan anak-anak.

“Setahun kemudian, ya memang benar Allah bagi. Ketika itu saya bekerja di sebuah syarikat dan syarikat itu memberikan saya kereta Iswara, pada sebelah petang pula saya meniaga jual satay. 

“Saya percaya itu rezeki dari Allah kerana amanah (anak-anak) kita jaga dengan baik dan Dia akan balas di kemudian harinya,” kata Didie kepada MH. 

“Ada dua orang anak saya tidak ke sekolah tadika kerana masalah kesempitan wang, mereka terus ke sekolah rendah.

“Tetapi disebabkan kakak mereka yang menjadi tunggak banyak memberi dorongan dan sokongan kepada adik-adik yang lain. Dia juga banyak membantu saya untuk menguruskan adik-adik sekolah,” kongsinya. 

Dalam perkembangan lain, Didie merupakan presiden Lefest Mega Raya 2020 yang merupakan sebuah karnival keluarga yang memfokuskan kepada usahawan bumiputra.

Jelajah tersebut bakal diadakan bermula tahun depan di beberapa lokasi terpilih bermula penghujung Mac dan berakhir pada Disember.

Antara selebriti yang bakal memeriahkan karnival terbabit ialah seperti Rozita Che Wan dan suami, Ruhainies, Nana Mahazan, Aidil Aziz, Ozlynn dan ramai lagi. 

View this post on Instagram

SIDANG MEDIA LEFEST “LEFEST MEGARAYA 2020 @ PWTC” • TARIKH : 20 NOVEMBER 2019 (RABU) TEMPAT : PELANTARAN PUTRA PWTC MASA : 2 – 6 PTG • PROGRAM 🌀KEHADIRAN MEDIA, ARTIS & USAHAWAN 🌀PEMILIHAN TAPAK LEFEST MEGARAYA & ROAD TOUR 2020 🌀CABUTAN BERTUAH 🌀PERSEMBAHAN ARTIS • LIVE UPDATE BY @putehcreative_studio • DRESS CANTIK @ladydidiemsia DARI @im_ikhwanmohamad • Thank you PENAJA @sincero.kitchen @zackzahidresources @stag.out.travel @jahansofficial @alifa.collection @cik.puan.gojes @eyremalaysia @dsafiacollection @belinjogold @nkexclusivemalaysia @buncitmelelehlicous @majeesticbeaute • #lefestoursidangmedia2020 #balikkampung #lefestmegararaya2020@pwtc #lefestour

A post shared by 🅻🅴🅵🅴🆂🆃🅾🆄🆁 (@lefestour) on

Foto : Instagram Lefest Mega Raya 2020