Penyanyi yang semakin meningkat naik, Aina Abdul mengakui memiliki mikrofon sendiri memudahkan dirinya untuk membuat persembahan selain mampu memberikan yabg terbaik buat yang menonton.

Malah jelas Aina, impiannya untuk memiliki mikrofon sendiri sebenarnya sudah terpendam lama, iaitu lebih tiga tahun lalu.

“Tiga Tahun Saya Kumpul Duit…,” – Aina Abdul Beli Mikrofon Mahal Demi Kepuasan, Bukan Nak Bersaing Dengan Penyanyi Gred A Lain “Tiga Tahun Saya Kumpul Duit…,” – Aina Abdul Beli Mikrofon Mahal Demi Kepuasan, Bukan Nak Bersaing Dengan Penyanyi Gred A Lain

“Hasrat memiliki mikrofon sendiri sudah lama tercetus dalam diri. Sekitar tiga tahun lalu. Maklumlah, apabila melihat artis senior memiliki mikrofon sendiri, kita pun pasang impian ingin memiliki mikrofon seumpama itu.

“Selepas melihat ulasan dan mendengar maklum balas yang bagus daripada pengguna mikrofon berjenama sama, saya memutuskan untuk membeli.

“Tiga tahun saya kumpul duit untuk memilikinya. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga merasa menggunakan mikrofon milik saya sendiri,” katanya.

Ads

“Tiga Tahun Saya Kumpul Duit…,” – Aina Abdul Beli Mikrofon Mahal Demi Kepuasan, Bukan Nak Bersaing Dengan Penyanyi Gred A Lain “Tiga Tahun Saya Kumpul Duit…,” – Aina Abdul Beli Mikrofon Mahal Demi Kepuasan, Bukan Nak Bersaing Dengan Penyanyi Gred A Lain “Tiga Tahun Saya Kumpul Duit…,” – Aina Abdul Beli Mikrofon Mahal Demi Kepuasan, Bukan Nak Bersaing Dengan Penyanyi Gred A Lain “Tiga Tahun Saya Kumpul Duit…,” – Aina Abdul Beli Mikrofon Mahal Demi Kepuasan, Bukan Nak Bersaing Dengan Penyanyi Gred A Lain

Penyanyi lagu Semalam itu berkata demikian sejurus sidang media Konsert Patriotik Tanah Airku di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menjawab pertanyaan sama ada dia kini sudah boleh berdiri setanding dengan penyanyi lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Hafiz Suip dan Misha Omar yang turut memiliki mikrofon sendiri, Aina menyifatkan masih jauh perjalanannya yang harus ditempuh dalam bidang seni untuk setara dengan mereka.

“Masih jauh perjalanan saya. Tetapi, sekurang-kurangnya, saya dapat merasai apa yang mereka rasa, memegang mikrofon yang dibeli sendiri. Dan apa yang penting, nyanyian saya dengan menggunakan mikrofon sendiri membuatkan saya lebih selesa.

Ads

“Alasan utama saya untuk memiliki mikrofon sendiri adalah kerana lagu-lagu saya semuanya bernada tinggi. Jadi, saya memerlukan mikrofon yang tidak meletihkan saya.

“Untuk setanding dengan artis gred A itu tidaklah, tetapi lebih kepada untuk menjadi Aina Abdul yang lebih baik,” katanya.

“Tiga Tahun Saya Kumpul Duit…,” – Aina Abdul Beli Mikrofon Mahal Demi Kepuasan, Bukan Nak Bersaing Dengan Penyanyi Gred A Lain “Tiga Tahun Saya Kumpul Duit…,” – Aina Abdul Beli Mikrofon Mahal Demi Kepuasan, Bukan Nak Bersaing Dengan Penyanyi Gred A Lain “Tiga Tahun Saya Kumpul Duit…,” – Aina Abdul Beli Mikrofon Mahal Demi Kepuasan, Bukan Nak Bersaing Dengan Penyanyi Gred A Lain “Tiga Tahun Saya Kumpul Duit…,” – Aina Abdul Beli Mikrofon Mahal Demi Kepuasan, Bukan Nak Bersaing Dengan Penyanyi Gred A Lain

Ads

Sebelum ini, media melaporkan mikrofon yang dimiliki Aina berharga puluhan ribu ringgit sekaligus memberi andaian kemungkinan ‘harga’ Aina Abdul juga akan meningkat.

Jawanya ringkas sambil ketawa;

“Harga saya tidak tahu, kena tanya pengurus,” katanya yang muncul menerusi Konsert Patriotik Tanah Airku di Istana Budaya pada 6 November 2021.

Menerusi konsert itu, Aina bakal bergandingan dengan beberapa penyanyi popular lain seperti Ernie Zakri dan Syamel. Tiket mula dijual di Istana Budaya pada 1 November depan.

“Tiga Tahun Saya Kumpul Duit…,” – Aina Abdul Beli Mikrofon Mahal Demi Kepuasan, Bukan Nak Bersaing Dengan Penyanyi Gred A Lain “Tiga Tahun Saya Kumpul Duit…,” – Aina Abdul Beli Mikrofon Mahal Demi Kepuasan, Bukan Nak Bersaing Dengan Penyanyi Gred A LainFoto: Instagram Aina Abdul

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI