Kejayaan drama Bidaah bukan sahaja mencuri perhatian penonton tempatan, malah berjaya mencetuskan fenomena hingga ke negara jiran, Indonesia.

Pelakon utamanya, Fattah Amin mendedahkan akaun media sosialnya kini dibanjiri pelbagai reaksi dan komen daripada peminat di sana.

Tik Tok Fattah Amin Dibanjiri Peminat Indonesia, Fenomena ‘Bidaah’ Rentasi Sempadan! – “Saya Pun Terkena Tempiasnya…”

“Saya pun terkena tempiasnya kerana Hambali juga antara watak utama di dalam drama Bidaah. Di akaun TikTok saya, memang banyak respon yang diterima daripada penonton Indonesia.

“Apa yang saya lihat, mereka suka drama tersebut. Banyak juga yang bertanya tentang musim kedua tapi saya tak boleh nak jawab. Saya hanya pelakon,” katanya kepada MH.

Menurut Fattah, bukan hanya dirinya, malah rakan pelakon lain seperti Faizal Hussein, Rina Diana dan Vanida Imran turut menerima sambutan yang sama di platform media sosial masing-masing.

“Tak Mudah Nak Dikenali Di Sana”

Bercakap mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media Kulit Wayang Cultural Festival di The Landing, Kuala Lumpur pada Ahad, Fattah menganggap kejayaan drama Bidaah sebagai satu rezeki yang besar.

Ads

Tik Tok Fattah Amin Dibanjiri Peminat Indonesia, Fenomena ‘Bidaah’ Rentasi Sempadan! – “Saya Pun Terkena Tempiasnya…”

Ia memandangkan tidak mudah untuk karya tempatan menembusi pasaran di negara jiran itu.

“Alhamdulillah, bukan mudah drama dan pelakon kita nak dikenali di sana. Pada saya, ini merupakan satu rezeki.

“Tiada seorang pun yang sangka drama ini akan menjadi viral. Ketika mula-mula ditayangkan, kita berdepan dengan beberapa isu. Jadi, kita jangka ia akan jadi kontroversi tapi tak sangka pula menjadi viral dan diterima baik oleh penonton.

Ads

“Drama ini juga banyak mengetengahkan mesej-mesej yang baik,” jelasnya lagi.

Fattah turut meluahkan rasa teruja dapat bergandingan dengan pelakon senior Faizal Hussein yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang penggambaran.

Tik Tok Fattah Amin Dibanjiri Peminat Indonesia, Fenomena ‘Bidaah’ Rentasi Sempadan! – “Saya Pun Terkena Tempiasnya…”

“Faizal Hussein memang pelakon terbaik. Sangat mudah nak berkerja dan dia juga banyak berkongsi ilmu dengan saya. Ia pengalaman yang sangat menyeronokkan,” ujarnya lagi.

Ads

Angkat Warisan Wayang Kulit ke Layar Perak

Dalam perkembangan lain, Fattah turut terlibat dalam filem terbaharu bertajuk Kulit Wayang arahan Dain Said.

Tik Tok Fattah Amin Dibanjiri Peminat Indonesia, Fenomena ‘Bidaah’ Rentasi Sempadan! – “Saya Pun Terkena Tempiasnya…”

Filem ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 1 Mei depan.

“Filem ini mengangkat karya tradisi wayang kulit yang ketika ini semakin dilupakan oleh generasi muda. Saya sangat berbangga untuk bekerjasama dengan pengarah dan penerbit yang berani mengangkat isu seperti ini.

“Bila subjek ini diolah dan diberi suntikan dari segi visual serta jalan cerita, ia bukan sahaja memberikan hiburan tapi banyak mesej yang ingin disampaikan,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Kredit Foto: Instagram Fattah Amin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI