Tiket Konsert Dayang Dua Dekad yang bakal berlangsung 21 Julai depan di Istana Budaya dilaporkan sudah habis terjual dalam tempoh kurang 24 jam.

Khabar tersebut disampaikan wakil pengurusan penyanyi berkenaan, Watie yang turut terkejut dan terharu atas sokongan peminat terhadap bintang kelahiran Sarawak itu.

“Pihak produksi konsert terkejut malah Dayang sendiri turut menyatakan rasa terharu dan gembira kerana sokongan dari semua pihak terhadapnya tidak pernah putus. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih atas sambutan di luar jangkaan.

“InsyaAllah Dayang akan cuba memberikan persembahan terbaik pada malam itu nanti, pohon semuanya dipermudahkan,” kongsinya mewakili team Dayang Dua Dekad.

Ads

Konsert eksklusif anjuran Shiraz Projects itu sebelum ini menawarkan tiket sebanyak 1,400 tiket bermula dari harga RM125 hingga RM695.

Sementara itu, Dayang Nurfaizah seperti yang dipetik Astro AWANI terkejut dengan sambutan peminat terhadap konsert solonya itu.

Ads

“Saya amat bersyukur dan gembira dengan sambutan yang diterima. Terima kasih kepada semua peminat-peminat yang sejak 20 tahun lalu kekal setia mendokong Dayang dalam industri ini.

“Dayang amat teruja menantikan malam tersebut dan akan memberikan yang terbaik kepada semua peminat-peminat,” katanya.

Ads

Bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-38 pada 20 Julai ini, Dayang menyifatkan konsert berkenaan sebagai sesuatu yang paling bermakna.

Dayang Nurfaizah turut mencipta sukses bersama Hael Husaini apabila lagu nyayian mereka berjudul Haram turut diangkat sebagai pemenang utama di Anugerah Juara Lagu ke-33 lalu.

Foto: Instagram Dayang Nurfaizah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI