Selepas menerima sambutan luar biasa terhadap Konsert Destiny of Music yang kali pertama diadakan pada pada Jun lalu, syarikat B De Paris Project selaku penganjur utama bersama Sinemalis Studio dan Westzone Entertainment sebagai penganjur bersama bakal membawakan edisi kedua Konsert Destiny of Music 2.0.
Konsert istimewa ini dijadualkan berlangsung pada 15 November depan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam selama dua jam.
Kembali lebih bertenaga dengan persembahan pentas yang pastinya memukau, Konsert Destiny of Music 2.0 bakal menampilkan empat band popular tanah air iaitu Akim & The Majistret, Kugiran Masdo, Empty Page dan Insomniacks.
Mengulas lanjut mengenai Konsert Destiny of Music 2.0, Ketua Pegawai Eksekutif, B De Paris Project, Burhan Ahmad yang juga penganjur konsert optimis terhadap penganjuran konsert kali ini.
“Kejayaan dan penerimaan positif yang diterima sewaktu penganjuran edisi yang pertama baru-baru ini telah mendorong kami untuk terus menganjurkan lebih banyak konsert-konsert sebegini.
“Selain dapat mengukuhkan lagi kedudukan B De Paris Project dalam industri hiburan tempatan, penganjuran ini juga mampu memartabatkan serta memberi inspirasi kepada penggiat seni tempatan menerusi platform yang ada.
“Sekaligus, ia mampu membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa hadapan. Kami juga amat berbesar hati di atas kesudian barisan artis ini yang sudi bekerjasama,” katanya.
Pihaknya juga menjajikan persembahan yang lebih baik selepas mengambil kira pengajuran konsert seumpamanya sebelum ini.
“Oleh kerana Konsert Destiny of Music 2.0 merupakan kesinambungan daripada konsert yang diadakan sebelum ini, kami sepasukan bekerja keras untuk membuat perancangan rapi.
“Ini bagi memastikan agar penganjuran kali ini jauh lebih baik daripada yang pernah dianjurkan.
“Kami juga berharap konsert ini bakal berlangsung dalam suasana gemilang seperti yang dirancang sekaligus membekaskan impak yang mendalam.
“Jadi, jangan tunggu lagi kerana kami menawarkan harga tiket yang berpatutan, sesuai untuk semua golongan peminat termasuk pelajar, pihak korporat dan sebagainya.
“Dapatkan tiket segera dan datang beramai-ramai bersama sahabat handai dan seisi keluarga kerana para peminat bakal dijanjikan dengan pengalaman menonton maksimum,” katanya lagi.
Tiket Konsert Destiny of Music 2.0 serendah RM55 (Silver), RM85 (Gold), RM135 (Diamond), RM155 (Platinum) dan RM285 (VIP) sudah mula dijual sejak 10 Oktober lalu.
Layari laman web ticket2u untuk informasi lanjut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI