Sudah pun terjual lebih 80 peratus tiket untuk kedua-dua hari konsert yang bakal diadakan pada 25 dan 26 Jun ini di pentas Istana Budaya, namun masih terdengar rungutan susulan harga tiket mahal yang dijual produksi konsert penyanyi, Aina Abdul.
Malah, ada suara-suara sinis mengatakan harga konsert A Night With Aina Abdul 2.0 Live itu mahal berbanding konsert popular lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Ella dan Dayang Nurfaizah.
Tidak mahu membiarkan ramai terus membuat telahan sendiri, Aina tampil menjelaskan harga konsert yang diberikan itu adalah bersesuaian dengan pasukan muzik profesional yang akan dibawakannya untuk konsert berkenaan.
“Sebagai penyanyi yang menguruskan karier seni sendiri menjadi impian besar saya untuk mengadakan konsert di lokasi berprestij seperti Istana Budaya dan apabila ia menjadi kenyataan, saya tidak menoleh ke belakang.
“Saya bakal lengkapkan konsert dengan barisan pemuzik profesional. Komposer dan penerbit muzik tersohor, Mac Chew dan Jenny Chin bakal memimpin konsert ini di samping nama-nama besar lain seperti Jamie Wilson, Wan Gigi, Andy Peterson, John Thomas, Pa’aang, Jae Sern dan ramai lagi.
Ads
“Saya juga bakal membuat persembahan dengan 15 strings, 5 horn section dan 7 pieces band serta sistem audio terbaik.
“Apa yang boleh saya katakan, saya sedia untuk menjanjikan yang terbaik,” kata Aina kepada Media Hiburan.
Ads
Penyanyi lagu Sepi ini juga turut mengharapkan peminat memahami situasinya sebagai penganjur konsert ini menerusi produksinya sendiri, Aina Abdul Entertainment.
“Saya memahami situasi sesetengah peminat yang meluahkan kerisauan tetapi saya memohon agar semua dapat memahami situasi saya.
“InsyaAllah, more to come. Selepas selesai konsert di Istana Budaya mungkin pada hujung tahun atau tahun depan, saya boleh mengadakan konsert lain untuk semua yang menanti, InsyaAllah,” katanya lagi.
Ads
Harga tiket konsert tersebut dijual serendah RM113.36 hingga RM1,246.96.
A Night With Aina Abdul 2.0 diadakan sebagai titik tolak kepada kejayaan showcase A Night With Aina Abdul 1.0 yang diadakan pada Disember tahun lalu di Menara Ken, TTDI, Petaling Jaya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon Faye Kusairi, bintang ini ada berkongsi satu rakaman video yang memaparkan gelagat anaknya, Alif Azmi yang sedang belajar untuk solat.
Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi memaklumkan sebagai ibu bapa, mereka harus mendidik anak untuk solat dari usia muda.
“Teach them early & they’ll learn fast. Semoga Alif membesar jadi anak yang soleh. Aamiin!!!
“Doakan urusan Mommy dipermudahkan, selamat & berjaya untuk race hujung minggu ni. .
“I see you soon sayang..Mommy & Ayah loves you very much.,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji cara Faye dalam mendidik anaknya.
Untuk rekod, Faye mendirikan rumah tangga bersama bekas suami Elly Mazlein, pengarah Azmi Hata pada 9 April 2017 di Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Alif Azmi.
Video: Instagram Faye Kusairi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang Bollywood terkenal, Aamir Khan, 59, baru-baru ini mendedahkan bahawa dia dan anak perempuannya, Ira Khan, 27, sedang menjalani terapi bersama untuk memperbaiki hubungan mereka.
Menerusi perbualan eksklusif yang disiarkan oleh Netflix India bersama Dr. Vivek Murthy, Aamir berkongsi pandangannya mengenai kuasa terapi dan bagaimana ia membantu hubungan mereka.
“Terapi sangat membantu, dan Ira adalah individu yang mendorong saya ke arah itu.
“Kami memulakan terapi bersama untuk membaiki hubungan kami dan menyelesaikan isu-isu yang telah lama wujud,” ujar Aamir seperti yang dipetik dalam laporan Hindustan Times.
Menurutnya, terapi bukan sahaja membantunya sebagai individu tetapi juga sebagai seorang ayah yang berusaha untuk membina ikatan lebih baik dengan anaknya.
Dalam sesi tersebut, Ira turut menekankan kepentingan hubungan yang sihat dengan ibu bapa.
Aamir turut menambah bahawa terapi sering disalahertikan sebagai tanda kelemahan, terutamanya di India.
“Tidak salah untuk mendapatkan bantuan profesional. Saya sendiri memperoleh banyak manfaat daripadanya,” katanya.
Untuk rekod, Ira merupakan anak kepada Aamir hasil perkahwinannya dengan isteri pertama, Reena Dutta.
Pasangan itu turut mempunyai seorang anak lelaki, Junaid Khan. Selepas bercerai pada tahun 2002, Aamir berkahwin dengan Kiran Rao, dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Azad Rao Khan.
Namun, perkahwinan kedua Aamir juga berakhir pada Julai 2021.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nampaknya, jenama pakaian Drew yang baru sahaja dilancarkan menimbulkan pelbagai reaksi negatif.
Walaupun koleksi pertama habis dijual dalam tempoh tidak sampai lima hari, namun netizen beranggapan koleksi baju yang memilih tekstur corduroy bersama gandingan logo kuning ‘smiley’ itu sebagai bosan dan lapuk.
Malah, faktor harga yang tidak masuk akal juga antara yang menjadi kritikan.
Netizen turut mempersoalkan sama ada Bieber layak mengeluarkan jenama pakaian sendiri memandangkan langkah itu sudah ketinggalan zaman. Drew diambil sempena nama tengah Bieber, Justin Drew Bieber.
Nampaknya, pengaruh penyanyi Baby ini cukup kuat, hakikat Drew ‘sold out’ dalam hanya beberapa hari tanpa sebarang promosi cukup membuktikan kehebatannya.
Foto : Drew House
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani, terus menjadi perhatian apabila tempoh tahanannya bersama pembantu peribadinya, Mail Syahputra, dilanjutkan 30 hari lagi sehingga 1 Jun 2025.Perkara...