Penyanyi Tomok terharu dengan sambutan yang diberikan peminat kumpulan New Boyz apabila dalam tempoh 24 jam sahaja, sebanyak 3,000 tiket konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang habis terjual pada Selasa.
Konsert yang bakal diadakan selama dua hari di PJ Pac itu habis terjual dengan setiap satu malam memperuntukkan sebanyak 1,500 tiket.
“Alhamdulillah ya Allah. Saya sangat terharu dengan sokongan daripada semua peminat. Dalam masa 24 jam, 1,500 tiket untuk dua hari habis dijual.
“Perasaan saya sangat terharu… seakan tidak percaya. Terima kasih kepada peminat kerana masih ada menyokong perjalanan New Boyz.
“Saya sangat berbangga kerana tiket konsert New Boyz selama dua hari habis dijual dalam masa 24 jam,” katanya.
Tomok atau nama sebenar, Shah Indrawan Ismail, 38, berkata pada mulanya dia berasa gusar terhadap sambutan jualan tiket memandangkan kebanjiran konsert yang giat dijalankan sekarang termasuk penyanyi dari negara seberang.
Namun, dia bersyukur apabila semuanya berjalan lancar malah konsert itu berkemungkinan akan ditambah sehari lagi bagi memenuhi permintaan peminat yang kecewa tidak dapat membeli tiket.
“Sejujurnya saya bimbang juga takut kalau-kalau tiket tidak laku. Industri muzik negara baru sahaja hendak pulih selepas pandemik Covid-19. Banyak juga konsert penyanyi lain yang menunggu giliran.
“Tapi Alhamdulillah, masih ada lagi peminat yang menyokong New Boyz apabila kami mengumumkan bakal mengadakan konsert.
Ads
“Ada peminat mencadangkan supaya kami menambah satu hari lagi menjadi tiga hari. Insya-Allah kami dalam perancangan,” katanya lagi.
Konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang akan berlangsung pada 10 dan 11 Februari 2023 di Theatre PJ PAC, Bandar Utama.
Tiket dijual dari harga RM98 hingga RM358.
Ads
Selain Tomok, New Boyz yang popular pada era penghujung tahun 90-an turut dianggotai Along, Ristoe, Lan dan Zack.
Antara lagu hits kumpulan itu yang masih menjadi siulan sehingga sekarang adalah Sejarah Mungkin Berulang, Meraung dan Marah Bukan Sifat Ku.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kalau anda peminat tegar rangkaian filem Die Hard pasti kenal benar dengan pelakon berusia 67 tahun ini. Selain terkenal menerusi karisma dan bakat dalam kerjaya lakonan, dia juga dikenali sebagai suami kepada pelakon terkenal, Demi Moore.
Biarpun sudah bercerai dan membawa haluan masing-masing, hubungan mereka tetap akrab apatah lagi mereka memiliki tiga orang anak bersama. Bruce kemudiannya berkahwin dengan Emma Heming pada 2009 dan dikurniakan dua lagi cahaya mata.
Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh keluarganya, pelakon tersebut dimaklumkan akan mengundur diri dari dunia seni buat selama-lamanya akibat penyakit yang dihidapi.
“Bruce menghidapi masalah kesihatan dan baru-baru ini dia telah didiagnosis dengan penyakit Aphasia. Penyakit itu memberi kesan kepada kebolehan kognitifnya. Mengambil kira faktor itu, Bruce terpaksa melangkah meninggalkan kerjaya yang dicintainya.
“Ini adalah masa yang sangat mencabar untuk keluarga kami dan kami amat menghargai kasih sayang, belas kasihan dan sokongan anda yang berterusan.
“Perkara ini diharungi sebagai sebuah keluarga yang kuat, dan kami mahu berkongsi perkara ini kepada peminat-peminat Bruce kerana kami tahu betapa dia sangat bermakna kepada anda, sebagai mana bermaknanya anda kepadanya,” ujar mereka sekeluarga dalam satu kenyataan yang dikongsikan di laman Instagram masing-masing.
Kenyataan tersebut dikongsi oleh isterinya, Emma, bekas isteri, Demi Moore dan juga tiga anaknya yang sudah dewasa, Rumer, Tallullah dan Scout.
Bagaimana Aphasia memberi kesan kepada kualiti hidup? Penyakit ini menyebabkan individu yang menghidapinya mengalami masalah dalam pertuturan dan bahasa. Selalunya, ia terjadi disebabkan kerosakan pada bahagian kiri otak. Penghidap penyakit ini bukan sahaja menghadapi kesukaran untuk bertutur, bahkan mereka tidak mampu Menyusun ayat dengan teratur.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketika nama kakaknya, Uqasha Senrose sedang hangat diperkatakan, MH mendapat khabar gembira daripada sumber bahawa Nelydia kini sedang meniti fasa bahagia dalam hidupnya apabila difahamkan, pemergiannya ke luar negara baru-baru ini adalah untuk mencari barang hantaran dan persiapan perkahwinan.
Difahamkan, majlis tersebut dirancang bakal berlangsung tahun hadapan.
Bagaimanapun, sumber berkenaan tidak pula mendedahkan tarikh sebenar Nely dan pasangannya yang dikenali sebagai Hafiz itu bakal disatukan sebagai suami isteri.
Apapun, andai khabar tersebut adalah sahih seperti disampaikan sumber terbabit, kami di MH turut tumpang gembira. Maklumlah, Nelydia sebelum ini pun pernah mengeluarkan kenyataan dia memang sudah bersedia untuk ke satu fasa lain di dalam hidupnya.
Malah ketika ditemui di majlis pelancaran baju koleksi rayanya bersama Starvilion baru-baru ini, pelakon drama Encik Suami Mat Salih Celup itu memberitahu, dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, tetapi menyerahkan perkara itu pada jodoh yang telah ditentukan.
Jelasnya kepada MH, dia mengimpikan setiap hubungan yang dijalinkan berkesudahan dengan sesuatu yang baik.
“Sememangnya daripada dahulu lagi saya sentiasa serius dalam perhubungan dan meletakkan harapan agar ia berkesudahan dengan sesuatu yang baik. Tapi perkara itu bergantung pada jodoh kerana saya tidak tahu bila sesebuah hubungan itu akan berlaku.
“Buat masa sekarang saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai hubungan kami kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang,” katanya jujur.
Foto: Instagram Nelydia Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Minggu lalu, Erma Fatima ada menulis kapsyen humor tetapi ada elemen nasihat buat adik iparnya bersempena dengan majlis baby shower Betty Rahmad. Nyatanya, pengarah dan penerbit ini bagai tidak sabar untuk menantikan ‘ahli keluarga’ baru.
“Nikmatnya kurnian Allah kpd perempuan yg mampu mengandung …9 bulan itu yg paling indah…Alhamdulillah adik aku mampu melahirkn zuriat buat suaminya.. @ardydamis hang tkdak alasan nk menikah satu lg naaaa. Aku nk girl…tp tkpalah..syukur,” tulisnya.
Malah, Erma turut memuat naik beberapa potong video di majlis masa.
“Hari yg sangat mengembirakan kami sekeluarga. Terima Kasih Allah,” maklum Erma lagi sambil dihujani dengan ucapan tahniah daripada kalangan pengguna Instagram.
Tidak kurang, ada yang memahami apa yang ingin disampaikan Erma menerusi kapsyennya itu.
Apa pun, tahniah buat Betty sebab bakal timang cahaya mata lelaki tidak lama lagi. Semoga dipermudahkan.
Dalam perkembangan lain, seorang lagi adiknya Datin Seri Umie Aida baru saja dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2018 atas persembahan cemerlangnya menerusi filem Dukun.
Foto: Instagram Erma, Betty
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berdasarkan pengalaman yang dimilikinya sebagai anak seni asal Malaysia yang berpeluang untuk mengembangkan karier seni di Amerika Syarikat, penyanyi dan komposer, Yuna, 38, menyifatkan...