
Hujung tahun lalu, aktres jelita, Raysha Rizrose memaklumkan dirinya memang ada perancangan untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Malah, hubungan cintanya bersama pelumba kereta Formula 3, Nabil Jefri yang telah disulam sejak sedekad yang lalu kini bukan lagi rahsia.
Terbaru, menerusi perkongsian di aplikasi Tik Tok, Nabil ada memuat naik sebuah video yang nyata telah menarik perhatian ramai pohak.
Video berdurasi 15 saat itu memaparkan Nabil sedang menemani Raysha membeli-belah.
Pasangan ini ilihat membeli beberapa barangan seperti kasut, minyak wangi dan jam tangan mewah.
Malah, Nabil turut memberi bayangan bahawa dia dan Raysha bakal melangsungkan perkahwinan selepas menuliskan ‘counting days’ di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Nabil dan Raysha.
“Wah, beli barang hantaran ke? Tak sabarnya nak tengok. Congratulations.
“Finally yayy.
“Can’t wait for it. Congrats bro.
“Till jannah bro,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Setakat ini, video tersebut telah pun meraih lebih 200,000 jumlah tontonan.
Apapun, kami di MH mendoakan semoga segala urusan Nabil dan Raysha untuk ke jinjang pelamin akan sentiasa dipermudahkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nabil Jefri & Raysha Rizrose, Tik Tok Nabil Jefri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mahu Beri Sokongan Dan Ruang, AC Gas Minta Suria FM Bawa Bakat Baharu Di Samping Penyanyi Otai

Mahu memberi peluang dan sokongan kepada bakat baharu industri muzik tempatan antara faktor utama mereka menjadi pilihan untuk beraksi dalam konsert yang dianjurkan.
Perkara itu dinyatakan oleh orang kuat syarikat pengeluar LPG, AC Gas yang menjadi penaja konsert SuriaVolusi pada bulan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif AC Gas Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman berkata, mereka membuat permintaan itu kepada stesen radio Suria FM kerana faham susah payahnya bagi orang baharu memulakan langkah sebelum berjaya.
“Kami pernah melalui fasa mencabar ketika masih baharu memulukan perniagaan sekitar 2016 termasuk berdepan dengan pandemik Covid-19.
“Saya tahu, sebagai orang baharu juga ramai yang belum percaya dengan kebolehan kita dan tidak tahu apa yang kita mampu lakukan,” katanya dalam sidang media sempena konsert SuriaVolusi anjuran Suria FM baru-baru ini.
Lantaran itu, Nik Mohd Fareez berkata pihaknya meminta Suria FM supaya memilih bakat baharu di samping bintang otai dalam konsert yang bakal diadakan di dua lokasi iaitu Petaling Jaya dan Kota Bharu.
Baginya, anak muda yang mahu memulakan tapak dalam industri muzik perlu diberikan sokongan dan ruang supaya mereka lebih menyerlah.
“Seperti AC Gas juga ketika mahu memulakan tapak ada yang sangsi dengan kami namun setelah diberikan kepercayaan kami semakin dikenali dan menjadi pilihan pengguna.
“Alhamdulillah kami sudah mempunyai 65 wakil sah berdaftar di seluruh Malaysia dan menggeluarkan 90,000 tong gas baharu sebulan melalui kilang kami di Meru,” katanya.
Pengurus Besar Suria FM DJ Lin turut menyambut baik permintaan AC Gas itu dan mengakui stesen radio berkenaan turut mempunyai pendirian yang sama.
Dia berkata, Suria FM sentiasa memberikan peluang kepada artis baharu meskipun mereka belum menempa nama sehinggalah sudah dikenali.
“Di Suria FM kami tidak pernah pilih bulu. Semua penyanyi kami layan sama rata dan menyediakan peluang untuk mengetengahkan karya mereka.
“Ini termasuk dalam setiap acara dan konsert kami seperti siri jelajah sebelum ini yang sentiasa membabitkan bakat baharu, artis muda dan senior,” katanya.
SuriaVolusi yang dipersembahkan oleh Suria FM dan AC Gas, bakal berlangsung pada 21 dan 28 Oktober ini masing-masing di The Curve, Petaling Jaya serta di KB Mall, Kota Bharu Kelantan.
Antara barisan artis popular yang terlibat ialah seperti Azlan and The Typewriter, Khai Bahar, Adira, Aris Ariwatan, Baby Shima, Floor 88, Kristal X, Aju Success, Halim Yazid & Dikir Barat dan Renggo Arrow.
Manakala barisan bakat baharu yang turut menjadi pilihan ialah Alyssa Dezek, Xone, Chaca Tisha, Aidilia Hilda, Killa Driz, Siqma X Razzuan, Shafiq Abdillah dan Asraf Nasir
Mengulas lanjut, Nik Mohd Fareez berkata, AC Gas berminat untuk menaja konsert SuriaVolusi kerana kesan positif selepas beberapa kali menyertai program anjuran Suria FM.
Akuinya, stesen radio itu membantu jenama syarikatnya AC Gas dikenali termasuk membabitkan peningkatan dari segi jualan.
“Kami sudah bersama Suria FM dalam banyak program sebelum ini dan terbukti memberikan impak yang baik kepada AC Gas dan kami percaya dengan kemampuan mereka membantu meluaskan perniagaan kami.
“Lebih menarik, kami juga bakal muncul dengan satu projek mega bersama Suria FM bagi tahun 2024 yang belum pernah dilakukan sebelum ini,” katanya.
AC Gas juga bakal berkongsi rezeki dengan pengunjung di dua lokasi konsert SuriaVolusi membabitkan hadiah bernilai RM50,000 termasuk wang tunai.
Kota Bharu juga menjadi pilihan kerana ia menjadi lokasi penubuhan syarikat itu dan AC Gas mula menapak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Orang Mengandung Ni Kita Layan Je Kehendak…,” – Usia Kehamilan Masuk Bulan Ke-4, Issey Dedah Isteri Tak Lalu Makan Ayam

Pelawak dan penyampai radio, Issey mendedahkan isterinya ketika ini berada dalam keadaan yang baik meskipun usia kandungannya kini telah mencecah lebih empat bulan.
Jelas Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, buat masa ini, isterinya itu tidak mengalami sebarang alahan cuma dia dikatakan hilang selera untuk makan menu berasaskan ayam.
Katanya lagi, sebagai suami, dia akan melayan apa sahaja permintaan isterinya itu lebih-lebih lagi ketika sedang hamil.
“Alhamdulillah isteri saya sihat je ketika ini. Usia kandungannya dah masuk empat bulan lebih.
“Buat masa sekarang, isteri saya tiada mengidam apa-apa cuma sekarang ini dia tak nak makan ayam. Saya pun pelik. Nak dekat dua bulan tiada ayam dekat rumah.
“Saya sendiri tak tahu kenapa dia macam tu. Sekarang dia lebih suka makan ikan atau daging. Seafood pun boleh cuma ayam je dia tak lalu.
“Jadi, kalau saya nak makan ayam, saya akan makan di luar. Tapi saya tak kisah semua tu. Orang mengandung ni kita layan je apa kehendak mereka,” katanya kepada MH.
Penyampai radio Suria FM itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di Konsert Digital Jelajah Suria baru-baru ini.
Dalam pada itu, Issey turut memaklumkan, sewaktu dia mengetahui isterinya sedang hamil, dia berasa sangat seronok meskipun sebelum ini dia mempunyai tiga orang anak tiri.
“Bila dapat tahu isteri saya mengandung, saya seronok sangat-sangat sebab sebelum ni Allah dah hantar amanah dekat saya untuk jaga tiga anak yatim. Walaupun anak tiri, saya dah anggap mereka seperti anak saya sendiri.
“Saya jaga elok semua. Bila dikurniakan rezeki seperti ini, bertambah-tambah seronok saya.
“Tiga beradik ni pun seronok menanti kelahiran adik baru yang akan datang ni,’ jelanya lagi.
Sementara itu, Issey turut menjelaskan dia tidak meletakkan harapan yang tinggi mengenai soal jantina anak kerana dia lebih selesa untuk menyerahkan segalanya di tangan Allah S.W.T.
“Kalau tanya saya, sebolehnya saya nak baby girl. Tapi saya tak kisah dan saya serahkan semuanya kepada Allah. Saya reda apa-apa sahaja.
“Lelaki atau perempuan tak penting, yang penting anak itu selamat dan sihat. Kalau tanya saya secara peribadi, saya nak baby girl.
“Sebab sekarang saya ada seorang anak perempuan, sekurang-kurangnya dia ada kawan. Dua abang dan dua adik,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Issey dan isterinya, Noor Aimi Mohamed Jamel telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 22 Disember 2019 di Kota Bahru, Kelantan.
Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi merupakan seorang ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup bersama arwah suami.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apakah Sudah Tiada Idea Kreatif Lain Sehingga…,” – Mengejutkan! Persembahan Darah Mencurah Keluar Aina Abdul Terima Kritikan

Persembahan Aina Abdul menerusi lagu Sumpah pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) mendapat kecaman dan kritikan meski ramai yang memuji.
Persembahan penyanyi terbabit yang seolah-olah memberi gambaran bunuh diri mendapat perhatian Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (Miasa) memuat naik kenyataan berkenaan perkara itu di Facebook, sebentar tadi.
Menerusi kenyataan tersebut, pihak Miasa berpendapat persembahan menerusi lagu hasil ciptaan sepenuhnya dari penyanyi terbabit membawa mesej yang kurang tepat kepada penonton mengenai luahan kekecewaan sehingga mengambil keputusan untuk melakukan tindakan yang dilarang.
“Sangat mengejutkan. Apakah sudah tiada idea kreatif lain sehingga mendesak untuk melakukan persembahan yang berkonsepkan memudaratkan diri di pentas AJL tahun ini?
“Stesyen TV dan produksi sepatutnya sudah sedia maklum dengan larangan adengan sedemikian di media.
“Dalam persembahan tersebut, penyanyi tersebut yang berpakaian serba putih telah menikam dadanya sehinga darah membuak buak keluar membasahi pakaiannya. Skrin latar mempamerkan darah pekat yang mengalir.
“Ternyata persembahan seperti ini memberi mesej yang salah kepada penonton mengenai kekesalan kekecewaan dalam percintaan sehingga perlu menamatkan riwayat dengan menikam dada,” tulis status terbabit.
Aina yang berpakaian serba putih dilihat tiba-tiba bahagian dadanya seolah-olah darah keluar mengundang pelbagai reaksi netizen, menerusi persembahan secara langsung di AJL34 di Axita Arena, pada Ahad.
Dalam pada itu, pihak Miasa turut menegaskan persembahan tersebut melanggar garis panduan.
“Persembahan seperti ini jelas telah melanggar Guidelines For Media Reporting on Suicide yang melarang sebarang bentuk adegan membunuh diri dengan menunjukkan cara dan kaedah untuk menamatkan riwayat.
“Bagi individu yang memiliki masalah mental, adengan seperti ini boleh menyebabkan ia boleh menggangu pemikiran dan mungkin mendorong mereka untuk menamatkan riwayat.
“Bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang kami ingin memohon masyarakat untuk membantu untuk membuat perlaporan kepada Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF),” ujarnya.
Sebelum ini, Miasa pernah mengecam muzik video Sumpah nyanyian Aina Abdul yang didakwa boleh memberi gambaran buruk terhadap penghidap masalah mental iaitu skizofrenia.
Foto: Instagram Aina Abdul, Facebook MIASA
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI