Tahniah diucapkan kepada Tilmiz Fahmi atau Muhamad Nurfahmi Zainal, 23, yang dinobatkan sebagai Johan Akademi Qurra’ musim pertama terbitan TV AlHijrah.
Berasal dari Negeri Sembilan, Tilmiz Fahmi turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM25,000.
Sementara itu, Tilmizah Nooraini atau Nooraini Abdullah, 40, diumum sebagai Naib Johan yang membawa pulang hadiah RM15,000 manakala Tilmizah Maghfirah atau Nik Maghfirah Nik Abd Rahman Zaki, 19, ketiga dan membawa pulang hadiah RM10,000.
Berkongsi perasaan, Tilmiz Fahmi memberitahu dia pada mulanya tidak menjangka akan kemenangan ini melihatkan saingan sengit dari rakan peserta lain
“Saya memang tidak jangka akan membawa gelaran Johan Akademi Qurra’ musim pertama. Bagaimanapun dengan kemenangan ini saya mahu memperluaskan lagi pengetahuan al-Quran kepada mereka di luar sana.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa, keluarga dan mereka yang disekeliling saya. Selain itu pihak produksi Akademi Qurra’ selama lapan minggu ini banyak memberi tumpuan kepada tahap kesihatan peserta. Bagi saya suara yang sedap adalah melalui tubuh badan yang sihat,” katanya.
Ads
Mengenali ilmu bertarannum seawal umur enam tahun, tambah anak bongsu dari enam adik beradik ini juga akan menggunakan wang kemenangan ini bagi membantu anak-anak muda di luar sana dalam menguasai al-Quran.
“Wang kemenangan ini akan diberikan kepada ibu bapa dan selebihnya akan saya gunakan dalam membantu anak-anak muda di luar sana. Lebih mulia apabila kita juga akan bertemu dengan bulan Ramadan tidak lama lagi,” katanya lagi.
Minggu terakhir Akademi Qurra’ yang menyaksikan lima peserta ini turut mengumumkan Tilmiz Zuhdi atau Muhammad Nur Zuhdi Mohd Daud, 25danTilmiz Akasyah atau Tilmiz Akasyah atau Muhammad Akasyah Md Yunos, 18 berada di kedudukan keempat dan kelima.
Melihat peningkatan prestasi peserta sebagai elemen penting dalam pertandingan ini, menurut juri tetap Akademi Qurra’ Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, secara keseluruhannya markah yang diperoleh peserta pada pentas akhir cukup mengejutkan.
Ads
“Ada peserta yang dianggap boleh mendapat markah tertinggi namun gagal diterjemahkan dan sebenarnya inilah realiti sebuah pertandingan.
“Dalam tempoh beberapa minit itulah yang diberi itu adalah medan mereka untuk dinilai, sepanjang lapan minggu ini masih ada peserta yang gagal menguasai tajwid dan kemahiran mengolah tarannum dengan baik,”katanya.
Melihat sambutan yang baik terhadap program yang julung kali diadakan ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, beliau tidak menolak ada pembaharuan yang akan dibuat dalam memastikan program ini kekal relevan untuk tempoh panjang.
Ads
“Dari minggu pertama kita melihat peningkatan tontonan, apa yang boleh saya katakana penonton sendiri suka melihat perubahan yang ditunjukkan peserta. Malahsaya jangka Akademi Qurra’ boleh menjadi antara program yang mendapat rating tertinggi terbitan TV AlHijrah.
“Bagaimanapun kami akan terus berbincang dalam mendapatkan maklum balas untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Pastinya dengan sambutan yang diterima program ini akan kembali lagi untuk musim kedua,” jelasnya.
Program Akademi Qurra’ dihoskan oleh Fakhrul UNIC, disiarkan setiap Sabtu, jam 9 malam dan diadili sepenuhnya oleh juri tetap iaitu Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Qari Muhammad Qayyim Nizar dan juri jemputan berbeza pada setiap minggu.
Manakala, Mudarris dan Mudarrisah yang menjadi tulang belakang membimbing semua peserta pula ialah Ustaz Ammar Mukhlis, Ustazah Farhatul Fairuzah dan Ustazah Soufizah Mousin.
Turut hadir pada pentas akhir program itu ialah Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nelydia Senrose berkongsi perasaannya kepada pengikut di Instagram mengenai perasaan gemuruh dan debar saat disatukan bersama suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid 6 April lalu.
Lebih dua bulan bergelar isteri kepada ushawan itu, adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini berkongsi perasaan menerusi posting yang merakamkan dirinya sedang disolek, beberapa jam sebelum diijab kabul.
“Throwback to the day i got married. I think this was like 3 hours prior to the majlis akad nikah. Only God knows how i felt inside. Mixed feelings all at once. (Imagine me who is always panic and wanting everything to be perfect, had to just sit and look my best for my special day-dalam hati duk fikir hows my family,my guests dah sampai ke belum and how’s my pelamin gonna look like.
“1001 benda fikir yang tak penting pun masuk dalam kepala! Aaahh hanya Allah yang tahu how my mind and guts was on war!) Nonetheless, I am forever grateful to have such an amazing team. Couldn’t have done it without each and everyone of you who was involved secara langsung ataupun tidak,” tulisnya.
Malah kongsinya lagi, dia cukup merindui momen tersebut sambil turut meminta peminat untuk turut sama berkongsi mengenai kisah perkahwinan.
“So here’s me getting all dolled up by my amazing @syedfaizalsyednoh and my super chill @ckayliow . I made the best decision to have you both! #perfectcombo (Im trying to look calm in the video).
“Missing this moment! Oh btw tu baru first base lipstick ada beberapa layer and campuran warna lipstick lagi after that in achieving the look that i wanted, so nak tahu kena tanya @syedfaizalsyednoh/Just feel like sharing this with you guys.
Mind to share your #nikahstory with me? Hihi #myotherhafeznel #nofilter,” pinta Nely.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan dinikahkan bapa Nelydia, Nik Sen Mat Rifin dan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid dalam satu majlis tertutup diadakan di sebuah hotel di ibu negara.
Nelydia, 24 tahun menerima mas kahwin berjumlah RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada Mohd Hafez, 35.
Setelah teruk dikecam netizen gara-gara ada sedikit salah faham menerusi sebuah program TV melibatkan suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini, Datin Seri Shahida Mohd Rashid tampil meminta maaf kepada umum.
Dia berbuat demikian menerusi satu entri di laman Instagramnya, lewat malam semalam.
Katanya, meskipun ramai yang mempersoalkan mengapa dia memilih Aliff sebagai suami, namun sebagai seorang isteri yang sudah melalui zaman susah senang bersama suaminya, dia lebih tahu daripada orang lain.
“Ketika berusia 21 tahun, ketika ini saya tidak pernah mengimpikan apa2 yg indah ttg hidup,perempuan biasa tinggal di rumah flat,bapa pemandu teksi ada 6 adik beradik semuanya lelaki.
“Dalam hati dan fikiran saya pun akan hidup biasa mcm orang lain,tak pernah terfikir suatu hari saya akan menjadi bahan cemuhan masyarakat……tak pernah terfikir apa2 yg buruk kecuali nak ada hidup yg lebih baik,x ada bercita2 tinggi.
“Saya sedih 2 hari ni tapi bila anak2 dah tidur semua saya fikir kenapa saya perlu bergaduh dgn semua orang dan mempertahankan diri…..(jadi saya minta maaf kepada semua yg komen saya balas mungkin agak biadap) x seharusnya saya membalas komen2 tersebut dgn emosi sbb Kita x boleh paksa manusia suka dan terima kita.
“Ini mungkin ujian saya …ujian kita berbeza kan……bila kita berduit kita diuji hal begini,kalau kita bahgia kasih sayang kita diuji bab lain pula…..mcm lah org kata apa2 pun saya tidak simpan dalam hati.
“Setiap hari saya belajar menjadi yg terbaik,ibu yg terbaik,isteri yg terbaik,sahabat yg terbaik dan seorang hamba yg terbaik di sisi tuhannya. Saya bukan artis dan saya x tahan dikecam.
“Saya tetap akan ada di @aliffsyukriterlajaklaris sbb saya kenal dia…..berkat rezeki dari Allah dan usaha dia cari rezeki selama 10 tahun setiap tahun saya dapat umrah,dapat pergi haji,tu kebesaran nikmat pada saya yg saya paling bahgia.
“Saya selalu mendoakan yg terbaik buat dia,tapi saya lebih yakin Allah itu lebih maha mengetahui dan maha mengasihi.
“Minta maaf sebanyak2 nya dgn hati yg paling ikhlas……supaya bangun pagi nanti saya x mau fikir hal ini lagi sbb saya masih ada anak2 yg perlu saya didik dan disayangi.
“Kesilapan percakapan itu tidak disengajakan dan saya sendiri pun kadang2 terlepas cakap cuma x masuk TV je lagi,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shahida sempat juga bergurau mengatakan pengikutnya di laman Instagram turut meningkat gara-gara kontroversi tersebut.
“Saja nak tambah gara2 isu ni rmaai komen nak unfollow…. tapi kan…tapi kan followers saya 2 hari ni naik 20k dah….tapi x tau lah follow nak kutuk ke nak apa (gurau je tau sbb dah sedih2 ending ni nak bg happy sikit),” tulisnya lagi.
Semalam, Aliff mengumumkan ingin membawa diri susulan ‘terasa hati’ dengan kecaman netizen terhadapanya namun akan membuat satu pengumuman penting pada tarikh 23 HB depan.
Foto/Instagram: Datin Seri Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menang di kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti tipis sebanyak 348 undi.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu memperoleh 16,578 undi, menewaskan pencabar utama iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin daripada Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh 16,230 undi.
Sementera itu, Dr. Muhammad Faiz Na’aman daripada Perikatan Nasional (PN) mendapat 8,822 undi.
Makanala Tawfik Ismail yang bertanding sebagai calon Bebas pula mendapat 226 undi sekali gus hilang deposit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!