Hasil perkahwinan bersama Benji Madden, pelakon popular Hollywood, Cameron Diaz dikurniakan bayi perempuan yang diberikan nama Raddix Madden.
Perkara itu diumumkan Diaz menerusi Instagramnya.
“Selamat tahun baru daripada keluarga Madden! Kami sangat gembira dan bersyukur untuk memulakan dekad baru ini dengan mengumumkan kelahiran anak perempuan kami, Raddix Madden.
“Raddix telah memikat hati kami dan melengkapkan keluarga kami,” tulisnya.
Malah, bintang berusia 47 tahun itu turut memaklumkan dia dan suami mahu menjaga privasi bayi perempuan mereka dan tidak akan memuat naik sebarang gambar.
“Kami sangat gembira untuk berkongsi berita ini tetapi kami ingin melindungi privasi anak kecil kami.
“Oleh itu, kami tidak akan memuat naik gambar atau berkongsi maklumat lanjut.
“Apa yang boleh kami katakan adalah dia sangat comel,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Diaz dan Madden,40 yang merupakan vokalis dan gitaris kumpulan rock popular Good Charlotte berkahwin pada 2015.
Foto: Instagram Cameron Diaz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cakap Suruh Diet, Bersenam, Senanglah Nak Cakap, Yang Laluinya Kita,” – ‘Gemuk Bukan Pilihan’, Ini Kata Sherry Alhadad
Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Sherry Alhadad ada berkongsi cerita serta pengalaman yang pernah dilaluinya dalam usaha untuk mengurangkan berat badan, sebelum ini.
Akui Sherry, mengamalkan permakanan serta gaya hidup yang sihat secara konsisten bukan satu perkara yang mudah untuk dilakukan.
Hos Big Stage 2022 ini mendedahkan perkara tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan rancangan bual bicara Wanita Hari Ini TV3, membincangkan topik ‘Gemuk Bukan Pilihan’.
“Perjalanan setiap orang itu berbeza-beza, contoh macam saya daripada sekolah menengah dulu lagi apabila ada azam tahun baru saya akan sentiasa berazam untuk kuruskan badan setiap tahun.
“Sejujurnya, benda itu susah sebenarnya dan tidak mudah. Ada yang selalu cakap suruh diet lah, bersenam lah, senang lah mereka nak cakap tapi yang laluinya adalah diri kita.
“Memang susah sebab bayangkan saya sudah 37 tahun hidup macam ini dan secara tiba-tiba saya nak tukar saya punya rutin jadi berbeza,” katanya.
Dalam pada itu, bintang berusia 37 tahun ini berpendapat orang sekeliling termasuk keluarga harus memainkan peranan untuk sentiasa memberikan kata-kata semangat serta dorongan.
“Sebenarnya, orang sekeliling pun perlu memainkan peranan yang penting terutama sekali keluarga dan rakan-rakan kita.
“Dengan memberikan semangat kepada diri kita, mungkin kita akan rasa lebih bersemangat dan berusaha untuk kuruskan badan,” luahnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sherry Alhadad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Orang Industri Pun Manusia Juga…,” – Fadilah Mansor Tak Tolak Andai Berjodohan Dengan Anak Seni Lagi
Pelakon veteran, Datin Fadilah Mansor mendedahkan ada pihak yang cuba mengetuk pintu hatinya untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas pemergian suaminya yang juga penyanyi legenda, Allahyarham Datuk A. Rahman Hassan.
Menurut Fadilah, dia tidak akan sesekali menolak takdir Allah SWT namun fokusnya kini hanya tertumpu kepada kerjaya dan keluarga.
“Nak cakap fasal pengganti, memang ada yang cuba datang. Namun, saya hanya berserah kepada Allah. Saya tidak cakap ya dan tidak. Saya juga tak mencari.
“Kalau Allah sudah jodohkan bersama orang-orang tertentu, kita terima dengan hati terbuka.
“Bagi pihak anak-anak pula, mereka suka sahaja. Asalkan mama dia gembira untuk menghabiskan hujung-hujung usia ini,” katanya kepada MH.
Masih tampil jelita pada usia 65 tahun, Fadilah memaklumkan dirinya tidak meletakkan sebarang syarat atau kritiria untuk pasangan hidupnya.
“Kalau ada yang kata saya masih cantik, Allahamdulillah. Semoga Allah tidak menyesatkan hati saya. Nak kata tua pun tidak, muda pun tidak. Mungkin dalam umur lingkungan saya juga.
“Tak kisahlah macam mana pun orangnya. Dekat atau jauh. Nak kata pintu hati ini terbuka luas pun tak juga. Saya santai sahaja,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, pelakon drama Bukan Sekadar Lafaz ini turut tidak menolak andai dirinya dijodohkan dengan bakal suami daripada kalangan penggiat seni.
“Orang industri juga manusia. Kita kena terima dengan hati yang terbuka. Kalau hati kata tak nak, tak jadi juga. Saya terima sesiapa sahaja seadanya kalau hati dah suka,” akhirinya.
Terdahulu, A. Rahman meninggal dunia di Hospital Ampang akibat strok dan pendarahan pada bahagian otak pada jam 12.40 tengah malam pada 13 Jun 2019.
Allahyarham berkahwin dengan Fadilah pada 25 Disember 2014.
Sebelum berkahwin dengan A. Rahman, Fadilah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Allahyarham Mat London namum bercerai pada 2012.
Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Alia dan Faeesal Asuwat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mengisahkan Tentang Pusara Ayah Datuk Hattan,” – Baru Tahu ‘Mahligai Syahdu’ Bawa Maksud Mendalam, Datuk Fazley Mahu Beri Fokus Aspek Vokal
Bakal membawakan lagu Mahligai Syahdu dendangan penyanyi senior, Datuk Hattan, peserta Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Fazley berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik di konsert minggu ke-empat yang bakal berlangsung pada Ahad.
Menurut Fazley, selepas menonton satu temu bual di sebuah program televisyen membabitkan Datuk Hattan, kini baru dia mengetahui lagu Mahligai Syahdu ini sebenarnya membawa maksud yang sangat mendalam.
“Minggu ke-4? MasyaAllah, ini rezeki yang saya tak pernah sangka. Saya tahu saya bukan terbaik di kalangan mereka yang hebat dalam Gegar Vaganza 8.
“Namun, saya bagi sehabis daya untuk berlatih demi memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu.
“Minggu ini lagu “Mahligai Syahdu” dari kekanda saya @dato_hattan merupakan lagu yang saya sendiri tak sangka mempunyai maksud yang sangat mendalam buat Abang Hattan,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Bila April itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Malah, Fazley juga turut menyifatkan kisah disebalik lagu ini banyak berkait rapat dengan dirinya memandangkan ia merupakan lagu yang didekasikan khas oleh Datuk Hattan buat arwah bapanya.
“Abang Hattan menyatakan bahawa ini adalah lagu yang paling jarang dinyanyi kerana dia sendiri dicengkam perasaan dan memori mengingatkan beliau kepada arwah Ayah beliau yang telah pergi.
“Dan rupa-rupanya lagu ini mengisahkan tentang Mahligai Syahdu yakni pusara ayah Abang Hattan yang tercinta. Saya rasa sangat terkesan bila mengetahui bahawa ini adalah lagu yang memberi maksud yang sebegitu rupa kepadanya.
“Terkesan kerana ayah saya juga telah pergi, saya juga sering ke pusara ayah saya untuk membaca Yasin walaupun sudah 5 tahun beliau pergi dan saya faham perasaan Abang Hattan yang baharu saja kehilangan ibu tercinta pula pada minggu ini,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah dia merancang untuk mengadakan gimik atau elemen kejutan sewaktu di konsert nanti, Fazley memaklumkan dia sebolehnya mahu mengimbangkan diantara persembahan pentas dan suara.
“Terima kasih kepada semua yang memberikan saya kekuatan dan keyakinan sepanjang saya berada dalam GV.
“Jika ada yang bertanya — Akankah ada sesuatu yang istimewa yang saya bakal tampilkan minggu ini, sudah tentu ada gimik dan sedikit kelainan, kerana saya percaya persembahan pentas juga penting disamping persembahan suara.
“Saya cuba yang terbaik sehabis daya mengikut kemampuan saya untuk Abang Hattan dan juga untuk semua yang menyokong saya minggu ini,” ulasnya lagi.
Fazley turut menambah, dia akan berusaha sebaik mungkin untuk terus menghiburkan peminat yang sentiasa menyokongnya sepanjang bertanding di program GV8.
“Jika minggu pertama saya nervous, minggu kedua saya terkesan dan tersedu-sedan diatas pentas kerana ayah saya, minggu ketiga saya berdangdut untuk semua orang agar mereka happy dengan persembahan saya.
“Minggu ke-4 ini saya tumpukan semata-mata untuk menampilkan keupayaan vokal saya menyampaikan lagu yang memberikan maksud yang sangat mendalam kepada empunya lagu.
“Al-Fatihah buat ibu atau bapa kita yang telah pergi menghadap Illahi,” akhirinya.
Konsert minggu ke-4 Gegar Vaganza 8 boleh ditonton pada Ahad ini jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Datuk Fazley
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI