“Timbul Benjolan Di Kawasan Alat Sulit,” – Anak Nadya Syahera Selamat Jalani Pembedahan, Siap Berkhatan Terus!

Share

Pelakon, Nadya Syahera memanjatkan kesyukuran apabila pembedahan anak keduanya, Mohamad Dayyan selamat menjalani pembedahan Hernia di sebuah Hospital Pakar Avisena.

Dia berkongsi perkara itu menerusi laman Instagramnya, semalam.

“Alhamdulillah Dayyan selamat menjalani pembedahan Hernia dan sunat. Terima kasih semua yang mendoakan Dayyan.

“Terima kasih semua, Hernia Dayyan ni ada dari umur dia 1 bulan lagi, nak tahu hernia ni macam mana, kita sendiri akan nampak sebab dia akan timbul benjolan dekat kawasan alat atas alat sulit dia.

“So kalau makin lama dibiar takut ganggu usus dia,” tulisnya.

Di ruangan komen, kelihatan ramai netizen mendoakan agar si kecil itu cepat sembuh.

Nadya mendirikan rumah tangga dengan Fizul Nawi pada September 2016 lalu dan mempunyai dua orang anak iaitu Aleena Rose lahir pada Mac 2017 manakala Dayyan pula lahir awal Februari tahun ini.

Foto/Instagam: Nadya Syahera

Published by
Khaleeda Rashikin