Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa tidak menafikan dia pernah terdetik untuk berhenti menyanyi pada tahun 2015 disebabkan sudah kekeringan idea untuk menghasilkan lagu baharu.

Rossa, 45, berkata, di sebabkan keputusan itu, dia juga pernah berniat untuk menjual aset miliknya seterus berhijrah ingin ke luar negara.

“Sebenarnya saya terdetik untuk berbuat perkara tersebut (jual aset dan berhenti menyanyi) kerana pada fasa tersebut, saya seperti sudah tidak tahu untuk hasilkan muzik yang bagaimanana lagi. Seolah-olah seperti sudah kehabisan idea.

“Malah, ada juga timbul perasaan macam sudah tidak relevan dengan arus muzik semasa. Sebabnya, saya rasa sudah hasilkan agak banyak juga lagu dan tak suka keluarkan lagu yang ‘berbunyi’ seperti sama.

“Sebab itu saya rasa macam nak berhenti menyanyi dan jual aset yang ada dan pindah ke luar negara untuk membawa diri,” katanya.

“Timbul Juga Perasaan Macam Sudah Tak Relevan…,”- Rossa Pernah Nak Berhenti Menyanyi, Mahu Jual Aset & Hijrah Ke Luar Negara

Ads

“Timbul Juga Perasaan Macam Sudah Tak Relevan…,”- Rossa Pernah Nak Berhenti Menyanyi, Mahu Jual Aset & Hijrah Ke Luar Negara “Timbul Juga Perasaan Macam Sudah Tak Relevan…,”- Rossa Pernah Nak Berhenti Menyanyi, Mahu Jual Aset & Hijrah Ke Luar Negara “Timbul Juga Perasaan Macam Sudah Tak Relevan…,”- Rossa Pernah Nak Berhenti Menyanyi, Mahu Jual Aset & Hijrah Ke Luar Negara

Rossa berkata demikian ketika ditemui di Malam Gala Filem All Access To Rossa 25 Shining Years di  Plaza Indonesia, pada Isnin.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Pudar berkenaan juga menjelaskan dia mahu berbuat demikian kerana rasa kurang yakin untuk bersaing dengan pendatang baharu.

Ads

“Saya juga lihat semakin ramai artis dan penyanyi yang meningkat naik ketika itu dan bakat mereka semua bagus.

“Saya berfikir adakah mampu untuk bersaing dengan pendatang baharu atau tidak.

“Mungkin saya kurang percaya pada diri sendiri juga ketika itu dan fikir mahu jadi karyawan sahaja.

Ads

Imbas kembali, filem genre dokumentari itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia bermula 1 Ogos ini.

Filem yang mengisahkan tentang perjalanan karier seni Rossa sebagai penyanyi diva terunggul Indonesia itu juga bakal menerjah pawagam Malaysia pada September depan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI