
Awal semalam, pelakon cantik Rozita Che Wan ada memuat naik beberapa keping fotonya saat diundang sebagai penyampai anugerah di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL2019) Ahad lalu.
Menariknya, salah satu gambar yang dikongsikan ibu kepada tiga cahaya mata itu ialah memorinya bersama rakan penyampai, aktor Edika Yusof.
Kata Che Ta, ini merupakan gandingan pertama mereka berdua.
“Abg @edikayusofxx u ok ?? #candid ,, first time digandingkan.. time flying dulu pun tk pernah jumpa? .. walaupun nmpak mcm pemalu tp peramah org nya,”tulis Che Ta ringkas.
“InsyaAllah mesti jumpa lagi. Thank you Che Ta,” balas Edika pula.
Untuk rekod, keduanya pernah bertugas di awan biru di sebuah syarikat penerbangan sebelum terjun dalam bidang seni.
Foto: Instagram Che Ta
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nama Tak ‘Sangkut’ Dalam Semua Kategori Top 5 ABP, Ini Kata Ayda Jebat

“Adat pertandingan.” Itu kata pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat yang menyifatkan ketiadaan namanya dalam senarai penuh Top 5 Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH 32) bukan rezeki buat dirinya pada kali ini.
Meskti tidak tercalon, penyanyi Temberang ini bagaimanapun tetap akan memberi sokongan penuh terhadap acara gilang-gemilang tahunan berkenaan.
“Ini semua adat pertandingan.Saya anggap ketiadaan nama saya dalam senarai penuhnya bukan rezeki namun akan tetap memberikan sokongan kepada penganjuran anugerah itu.
“Lagipun prinsip saya bukan nak kejar trofi tapi karya yang berkualiti untuk terus menghiburkan pencinta muzik dan mewarnai industri seni lakonan. Itu lebih penting,” jelas Ayda.
Tambahnya lagi, sesebuah anugerah yang diraih tidak semestinya mampu menjamin seseorang artis itu untuk terus kekal berada dalam industri seni.
Sebaliknya, bagaimana seseorang artis itu mampu untuk terus merencana perjalanan seninya.
“Anugerah bukan tiket untuk melayakkan diri berada di dalam industri seni buat selama-lamanya.
“Saya pernah menang anugerah, tapi saya juga pada masa sama masih perlu berusaha untuk mendapatkan naskhah yang terbaik serta lagu-lagu yang mesra pendengar bagi menambat hati peminat.
“Apapun saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua selebriti yang tercalon dalam lima senarai akhir ABP tahun ini,” ucap Ayda.
Sekadar informasi, ABPBH 32 akan disiarkan secara langsung di TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September depan, jam 9.00 malam.
Foto: Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hal ‘Cerita Dalam Kain’ Dalam Perkahwinan Adalah Subjek Tabu Yang Kurang Dibicarakan Secara Terbuka,” – Diskusi Berani Borak Kelamin

Program terbaru, Borak Kelamin ialah sebuah program bual bicara terbitan Astro Ria dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. khusus berkongsi tentang alam perkahwinan berkaitan isu-isu rumah tangga yang sering dianggap tabu atau sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.
Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.
Untuk musim yang pertama kali diterbitkan ini, selebriti popular Awal Ashari dan Elly Mazlein diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ‘Borak Kelamin’ selaku hos bersama sepanjang 10 episod.
Tampil dengan pengisian interaktif yang berani dan sensasi, program ini mengetengahkan topik-topik diskusi merangkumi kupasan ilmiah yang kompresensif oleh barisan panel pakar perunding jemputan daripada pelbagai bidang pengkhususan berdasarkan tema mingguan seperti pakar motivasi, perunding psikologi, kaunselor perkahwinan, penceramah, dan sebagainya.
Bagi merancakkan lagi sesi perbincangan pada setiap episod, tetamu jemputan yang terdiri daripada barisan selebriti popular tanah air turut diundang khusus berkongsi pengalaman peribadi sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama pasangan atau pasangan secara terbuka dan profesional.
Emarina Mohd Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria menerusi kenyataan media berbesar hati membawakan program ini yang dilihat sebagai platform utama dalam menyalurkan maklumat berkaitan dengan lebih luas menerusi sesi perbincangan yang sihat, harmoni dan positif bersama panel jemputan
“Seperti yang kita tahu, hal berkaitan dengan ‘cerita dalam kain’ dalam sesebuah institusi perkahwinan adalah subjek tabu yang kurang dibicarakan secara terbuka terutamanya di kaca televisyen. Topik sebegini juga sering dielakkan untuk menjaga aib dan sensitiviti masyarakat.
Jika kita lihat sejak kebelakangan ini, semakin ramai pasangan suami isteri yang mungkin sedang mengalami konflik dalaman gemar mengadu domba di media sosial. Sekiranya perkongsian tersebut dilihat daripada perspektif positif, mungkin respons yang diterima daripada netizen dapat membantu meredakan tekanan.
“Jika sebaliknya, ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan tanpa sebarang jalan penyelesaian. Sehubungan dengan itu, kami dengan berbesar hati membawakan program ‘Borak Kelamin’ sebagai platform utama dalam menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan lebih luas menerusi sesi perbincangan yang sihat, harmoni dan positif bersama panel jemputan.
“Walaupun topik yang bakal diketengahkan agak panas dan boleh mengundang kontroversi, namun ia tidaklah keterlaluan dan masih sesuai dengan resam masyarakat Malaysia.
“Kami percaya tahap penerimaan penonton masa kini sudah semakin matang dan tahu menilai mesej di sebalik keseluruhan konteks kandungan yang ingin disampaikan,” katanya optimis.
Bersiaran selama 1 jam, Borak Kelamin ditayangkan secara eksklusif setiap Isnin, jam 9.00 malam sejak 1 Mac 2021 lalu di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Foto: Astro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rakyat Dah Mula Gelisah, Orang Seni Pun Boleh Bagi Pendapat Kan?” – Erma Fatima Ulas Pilihanraya Semenyih…

Mengulas keputusan pilihanraya Semenyih yang baru berlangsung semalam, kata Erma Fatima di laman Instagramnya, apa yang berlaku menunjukkan keresahan rakyat.
Memohon maaf andai entri tersebut tidak disenangi, ulasnya, anak seni punya hak untuk turut bersuara.
“Petanda KERAJAAN kena kerja keras…MENTERI tak perform kenalah di perform kan. Tk bole perform? TUKAQ…RAKYAT dah mula gelisah. Maaf..sy hanya memberi sedikit pendapat yg mungkin kurang bijak. Sekadar pendapat seorang rakyat marhain.??? jangan sentap ok. Org seni pun bole bg pendapat kannnn…”
View this post on InstagramA post shared by Ermafatima (@ermafatima) on
Netizen turut bersetuju dengan kebebasan bersuara yang dilaungkan dan berharap yang baik-baik untuk Malaysia Baharu.
Rata-rata netizen setuju dengan pengarah Mok Cun ini dan berharap agar kerajaan dapat menjaga kebajikan rakyat dengan lebih baik.
Foto – Instagram Erma Fatima
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI