Industri muzik antarabangsa kehilangan sebutir permata legenda, Tina Turner, dalam satu kenyataan pada 24 Mei.
Mendiang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 83 tahun dan pemergiannya itu telah disahkan oleh pihak jurucakap bintang berkenaan.
“Dengan penuh kesedihan kami mengumumkan pemergian Tina Turner,” tulis kenyataan itu dalam media sosial rasminya.
Menurut kenyataan itu lagi, pemergian Tina Turner pasti dirindui oleh para peminatnya di seluruh dunia.
“Dengan muzik dan semangatnya, dia telah memikat berjuta-juta peminat di seluruh dunia dan memberi inspirasi kepada bintang-bintang masa depan,” terang kenyataan terbabit.
Mendiang yang popular dengan lagu The Best, Proud Mary dan I Don’t Wanna Lose You itu difahamkan meninggal dunia selepas kira-kira lima bulan kematian anak lelakinya, Ike Turner Ronnie.
Menurut pakar perubatan di Los Angeles, Ronnie meninggal dunia pada usia 62 tahun, pada 8 Disember tahun lalu akibat komplikasi ‘metastatic colon carcinoma’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Foto: NME, Waldina