Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bera, Nashriq Ismail Sabri, membantah sekeras-kerasnya operasi penangkapan dan pelupusan anjing liar, termasuk ‘Kopi’ yang dipercayai telah ditembak, baru-baru ini.
Menurut Nashriq, 32, dia menyifatkan tindakan yang dijalankan itu sebagai tidak berperikemanusiaan kerana masih terdapat langkah lain yang boleh diambil selain daripada membunuh.
Tambah Nashriq, pihak terbabit misalnya boleh melaksanakan pemandulan terhadap anjing dan kucing liar sebagai langkah untuk mengatasi masalah gangguan terhadap orang awam.
“Telah tiba masanya untuk Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang membenarkan penggunaan senjata api terhadap haiwan, terutamanya terhadap anjing dan kucing liar dihapuskan serta merta.
“Salah satu langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan adalah untuk membina satu pusat perlindungan haiwan di setiap kawasan yang mempunyai masalah anjing atau kucing liar.
“Kerajaan juga boleh membenarkan NGO Pencinta Haiwan untuk menjaga tempat tersebut secara sukarela.
Ads
“Selain itu, pihak kerajaan juga boleh membuat operasi pemandulan anjing dan kucing liar agar boleh mengawal pembiakan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, anak kepada Perdana Menteri Kesembilan ini turut menambah, Malaysia seharusnya mencontohi negara-negara luar seperti Switzerland, Austria, dan Australia dalam menjaga kebajikan haiwan.
Ads
“Saya amat berharap pihak kerajaan sedia mendengar suara daripada pencinta haiwan di negara ini dan bekerjasama dalam mengambil langkah yang lebih baik untuk mengatasi masalah anjing dan kucing liar di negara ini.
“Malaysia harus mencontohi negara-negara maju seperti Switzerland, Austria dan Australia dalam menjaga kebajikan haiwan.
“Lagi-lagi negara kita yang majoritinya orang Islam wajib mengikuti perintah Allah SWT dengan tidak menyakiti mana-mana haiwan, lagi-lagi membunuh.
Ads
“Jadi jangan la kita ‘menghalalkan’ cara hanya kerana ada ‘SOP’ yang telah ditetapkan di dunia,” katanya lagi.
Terdahulu, Majlis Daerah Besut (MDB) telah melakukan operasi bersepadu untuk menangkap dan melupuskan anjing liar di beberapa kawasan di Bandar Jertih selepas menerima 62 aduan mengenai gangguan haiwan tersebut daripada orang awam.
Menurut MDB, tindakan melupus anjing liar adalah mengikut prosedur Tatacara Operasi Piawai (TOP) ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan selari dengan peruntukan Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi petikan di Harian Metro, penyanyi Adira Suhaimi mengesahkan telah menfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak dan akan dibicarakan pukul 3.00 petang ini.
Mengikut jadual asal, perbicaraan permohonan cerai sepatutnya dilakukan jam 9.00 pagi namun diminta untuk diubah oleh penyanyi itu kerana tidak menyangka perkara itu diketahui umum.
Suami kepada penyanyi ini, Datuk Seri Adnan Abu bagaimanapun mendakwa tidak mengetahui isteri memfailkan perceraian.
“Berita mengatakan saya dan Adira mahu bercerai itu adalah palsu kerana kami masih bersama.
“Kelmarin saya baru saja pulang ke rumah Adira dan kami melakukan hubungan intim.
“Pagi semalam saya bersarapan bersamanya seperti biasa sebelum keluar bekerja. Hubungan kami baik dan mesra,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Pasangan ini bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Foto : Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Dr. Soo Wincci menyifatkan perlakuan ‘buat bodoh’ dan ‘humble (merendah diri)’ sebagai dua perkara yang berlainan, seiring dengan perkembangan semasa.
Bekas ratu ini bagaimanapun memahami akan maksud di sebalik ungkapan berkenaan.
Menurutnya lagi, ‘buat bodoh’ demi memuaskan hati orang lain atau kerana tidak mahu menimbulkan masalah.
“Ku Faham Yang Maksud Tersirat. Tapi Zaman Ini Berlainan Dah. Buat Bodoh Dan Humble, Adalah Dua Kategori Yg Lain.
“Pernahku Juga Buat Bodoh. Demi Nak Menang Hati Orang Lain. Atau hanya Tak nak wujudkan masalah
Sampai Ku Hilangkan Diri Sendiri.
“Ataupun lepas Itu dituduh pula dengan orang kenapa Saya Tak cakap Jujur Pada Awal,” tulisnya.
Ashley Callingbull-Burnham, 34, berjaya memenangi pertandingan Miss Universe Canada 2024 dalam acara gemilang yang berlangsung di Capitol Theathre, Ontario.
Berjaya mengalahkan 59 lagi peserta lain yang turut memburu mahkota bermakan itu, Ashley mencipta sejarah sebagai peserta berketurunan orang Asli pertama yang bergelar juara.
Dalam satu hantaran menerusi Instagram Miss Universe Canada. Kemenangan Ashley dianggap sebagai satu momen yang menyaksikan sambutan terhadap kepelbagaian dan kekayaan budaya di Kanada.
Selain itu, ia turut menjadi satu pembakar sebagai kepada komuniti wanita dan gadis orang Asli untuk berani tampil ke hadapan sekaligus membuktikan bahawa warisan yang mereka miliki merupakan satu sumber kekuatan dan kebanggaan di peringkat global.
Meninjau ke Instagram peribadi Ashley, wanita anggun ini mendedikasikan satu hantaran usai kemenangannya.
“Ini merupakan satu perasaan yang paling menakjubkan. Saya mengejar Impian ini bertahun lamanya dan saya masih terkesima ia menjadi kenyataan.
“Seorang perempuan yang berasal dari Rez akan mewakili Enoch Cree Nation, Treaty 6, masyarakat orang Asli dan seluruh warga Kanada di pentas Miss Universe.
“Perwakilan sangat penting kerana seorang dari kita menang, kita semua menang. Anak-anak Rez sememangnya boleh melakukan apa sahaja. Kemenangan ini untuk semua pemimpi di luar sana,” ujarnya panjang lebar.
Selain menjadi peserta berketurunan orang Asli pertama memenangi pertandingan berprestij ini. Ashley yang juga merupakan seorang pelakon, model dan pengacara merupakan peserta tertua yang pernah bergelar Miss Universe Canada.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!