Bekas peserta Dewi Remaja dan pelakon, Syatilla Melvin yang kini hamil enam bulan meluahkan ada rasa gementar untuk menjalani proses bersalin anak keduanya, tidak lama lagi.

Malah, isteri kepada aktor Shaheizy Sam ini berkongsi perasaannya menerusi entri terbaru di akaun Instagram.

Pada masa sama, Tilla juga berdebar-debar di dalam menantikan apakah status jantina anaknya.

“Haihh bedebaq rasa nak tau adik matyip boy ke girl, tolonglah muka mcm abg yip! insyaallah amin…3bulan lgi tinggai sebelum ibu beranakk. Allah ketaqq rasa..

IKLAN

“Boleh share experience hampa beranak normal tak?rasa mcm nk try beranak normal kali ni?time czer dulu,alhamdulillah tak laaa susah mana pun nak jaga n maintain.

“Cuma nk tahu pasal proses beranak normal.please share!♥️tilla baca satu2,” tulisnya.

IKLAN

Lalu, foto yang sudah pun mendapat hampir 900 komen netizen itu turut disusuli dengan pelbagai pengalaman daripada individu yang pernah bersalin secara normal.

IKLAN

Terdahulu pada Julai lalu, pelakon ini mengakui pernah mengalami keguguran sebelum kembali mendapat rezeki kembali hamil selepas itu.

Foto: instagram Syatilla Melvin

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI