Sebelum ini dilihat cukup lantang membantah penganjuran konsert artis antarabangsa, kali ini, PU Syed sekali lagi menyeru orang ramai agar menolak kemasukan kumpulan Kpop popular dunia, Blackpink ke Malaysia pada Mac nanti.

Menerusi laman Instagram miliknya, Syed atau nama sebenar, Syed Mohd Bakri Syed Ishak Benyahya berkata hal itu perlu dilakukan agar maksiat dan perkara-perkara duniawi yang melalaikan tidak terus berleluasa lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda masa kini.

“Kumpulan Kpop Blackpink akan datang ke Malaysia.

“Saya menyeru semua umat Islam agar sama-sama kita melakukan usaha membantah dan menentang sepenuhnya atas penganjuran konsert yang mengarut ini!

“Sekat mereka daripada hadir!! Cukuplah maksiat bermaharajalela berleluasa berlaku.

Ads

“Cara pemakaian, cara hidup, cara berhibur semakin hari semakin melampau!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurut Syed lagi, dia sudah melancarkan bantahan tersebut sejak bulan Oktober tahun lalu bagi mengekang konsert tersebut berlangsung di negara ini.

Ads

“Jika 2019 pernah dicadang nak bawa BTS…walaupun tak berjaya, kini Blackpink pula!

“Saya dah lancarkan bantahan terhadap penganjuran ini sejak Oktober 2022 lagi.. tak kira kerajaan mana yang mentadbir, pihak mana yang mengurus.. Bantah tetap bantah!” tegasnya lagi.

Ads

Blackpink yang dianggotai Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa dijadual bakal mengadakan konsert jelajah Blackpink Born Pink World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 4 Mac ini.

Sebelum singgah di Kuala Lumpur pada Mac ini, Blackpink yang popular dengan lagu Kill This Love ini terlebih dahulu telah menghiburkan peminat mereka di Bangkok dan Riyadh, Arab Saudi pada awal bulan ini menerusi siri jelajah tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI