Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai tuduhan seorang individu yang mendakwa pendakwah muda, Da’i Syed telah memperkosa seorang gadis.
Lantaran itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail kerana menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah.
Perkara tersebut mendapat perhatian ramai pihak termasuk bapanya sendiri, Seif Jamalullail yang difahamkan ketika ini sedang menetap di Cairo, Mesir.
Luah Sief Jamalullail, dia sedar mengenai perkara tersebut dan segala didikan telah diberikannya kepada Da’i Syed.
“Assalamualaikum wbt. Semua sudah maklum DAI SYED adalah anak saya. Hari ini bertalu-talu mesej masuk ke inbox saya beserta SS yang dah viral.
“Masing-masing menunggu balasan dan respon saya. Saya nyatakan disini utk tatapan semua yg bertanya.
“Segala didikan yang telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan utk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya, namun tiada upaya lagi bila semua message saya itu diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah pun.
“Hingga saya serahkan urusan menegur ini kepada Allah swt untuk mengadilinya sekiranya benar dakwaan yang diviralkan dan mohon Allah mengembalikan anak saya ke jalan yg benar dan diredhoi sebelum ianya terlambat.
“Saya lebih rela dia diadili didunia daripada dihadap diakhirat dihadapan Qadhi Rabbul Jalil,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan Syed Jamalullail menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.
Dalam pada itu, Seif Jamalullail turut mendedahkan isu seperti ini bukanlah baru malah turut menyifat dia sekeluarga penat untuk berhadapan dengan perkara sedemikian.
“Sekarang saya hanya mampu beri nasihat kepada individu yang bermuamalah dengan dia supaya berhati-hatilah, terutama pada wanita.
“Isu viral ni dah lama, hari ni makin jadi heboh pulak. Kami dah letih nak hadap isu semacam ini, apalagi adik-adiknya yang masih belajar, mereka tertekan dengan soalan-soalan sindiran dan ejekan dari teman-teman di sekolah.
“Bagi mereka-mereka yang pernah menghubungi untuk mengadu kepada saya (yang mengaku mangsa), pergilah lapor kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.
“Saya memberi jaminan, saya tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anak saya, sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut,” kongsinya lagi.
Sementara itu, sebagai peringatan, Seif Jamalullail turut memberikan teguran terbuka buat anaknya itu.
“Peringatan terbuka kepada Dai Syed : ‘Jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa/diviral, janganlah kamu menggunakan agama sebagai topeng untuk menutup segala kebejatanmu kerana perbuatan itu lebih hina dari iblis.
‘Tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah ke jalan Allah dan jalan leluhurmu. Kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu.’
“Kami pihak keluarga hanya mampu berdoa supaya dijauhkan segala fitnah duniawi dan diberikan keberkatan dalam hidup dan mati,” akhirnya.
Sumber: Facebook Seif Jamalullail