
Berkongsi sebuah video menunjukkan seorang ibu tua yang sedang menyuap makanan dan kemudiannya gagal menahan sebak, Jasmin Hamid berpesan agar tidak melupakan ibu yang melahirkan.
Tulisnya, sebelum menguruskan orang lain, jangan sesekali melupakan ibu atau menempatkan wanita yang melahirkan kita itu di rumah jagaan orang tua.
“Sebelum kamu mengurus orang lain, tolong jangan lupakan ibumu sebagai orang yang merawatmu pertama kali.
“Apalagi engkau tempatkan ibumu di Rumah Orang -orang Tua,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on
Hargai mereka selagi hayat masih di kandung badan.
Foto : Instagram Jasmin Hamid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aura ‘Penyanyi Nombor Satu’! 5,000 Penonton Terbuai Vokal Emas Siti Nurhaliza Sampaikan Lagu Cinta Di Puncak Genting Highlands

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza secara eksklusif tampil membuat persembahan menerusi konsert istimewanya di Arena of Stars, Genting Highlands.
Dilangsungkan pada dua malam berturut-turut iaitu pada Sabtu dan Ahad lalu, konsert Siti Nurhaliza Love Is In The Sky 2024, berjaya menghiburkan lebih 5,000 peminat pada hari pertama menerusi 30 buah rangkaian lagu cinta yang membuai perasaan.
Alunan vokal emas ibu kepada dua cahaya mata itu pastinya memberi seribu satu makna buat para peminat selama kira-kira dua jam setengah konsert berlangsung.
Siti ketika ditemui akui, 2024 adalah ‘tahun konsert’ baginya sekaligus mendedahkan persembahan di Arena Of Stars sebagai penutup yang baik bagi tahun ini selepas dua konsert terdahulu mencatat sambutan luar biasa.
“Untuk konsert solo, konsert ini boleh dikatakan sebagai penutup untuk tahun ini. Kalau untuk tahun depan, saya belum tahu lagi… sekiranya ada, saya akan buat pengumuman seterusnya.
“Setakat ini betul, ini adalah konsert solo penutup bagi tahun ini,” katanya yang mengambil tema ‘persembahan cinta setinggi awan’, untuk konsert berkenaan.
Watch on TikTok
Selain menyampaikan rangkaian lagu cintanya termasuk beberapa lagu penyanyi berkumpulan yang malar segar, Siti turut membuat kejutan dengan menampilkan Siti Aafiyah, yang bermain piano mengiringi persembahan menerusi lagu Nadi.
“Saya memang teringin (Aafiyah iringi persembahan). Dia memang mengikuti kelas piano. Kebetulan, ia kena dengan lagu Nadi yang memang ditujukan kepada anak-anak saya.
“Sehari sebelum persembahan dia menangis dan hampir tak mahu jayakan persembahan. Mungkin kerana gementar, takut dan malu. Tapi selepas dia mula main piano dan dipujuk, dia kembali okay. Lama jugalah nak pujuk, dalam setengah jam,” katanya lagi.
Sementara itu, konsert anjuran Resorts World Genting ini turut menggunakan khidmat Sharhan Syazwan atau Chaan sebagai Pengarah Muzik bersama Leman Band.
Terdahulu, bintang yang mendapat jolokan sebagai Penyanyi Nombor Satu Negara ini telah mencipta sukses menerusi Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena, Mac lalu dan disusuli dengan Konsert Fenomena Siti Nurhaliza di Singapura, pada Jun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bosan Tunggu, P. Jegan Mahu Bikin Sendiri Filem Gangster Pasar Borong; “Bila Ada Tanya Saya Dalam KLG3, Tak Tahu Nak Jawab Macam Mana.”

Jika anda penggemar filem KL Gangster (KLG), pasti anda ingat babak pergaduhan di antara pelakon utamanya, Aaron Aziz dan gangster pasar borong yang dilakonkan oleh pelakon, P. Jegan.
Baru-baru ini, menerusi satu hantaran video di aplikasi Tik Tok, P. Jegan ada menjawab pertanyaan peminat mengenai penglibatannya di dalam filem KL Gangster terbaharu.
Jelas P. Jegan, mungkin sudah tiada harapan lagi untuk peminat melihat dia kembali beraksi di dalam filem berkenaan.
Malah, pelakon berbangsa India itu turut mendedahkan dia pernah menunggu sehingga tamat penggambaran filem KL Gangster 2 namun, khidmatnya tidak diperlukan.
“Ramai yang bertanyakan kepada saya adakah saya terlibat di dalam filem KL Gangster 3? Rasanya tinggal harapan sahajalah.
“Sebelum ini, masa filem KL Gangster 2, saya standby sampai hari terakhir penggambaran. Akhirnya tidak dipanggil. Selepas habis penggambaran, baru saya dapat tahu yang saya tidak akan terlibat di dalam filem tersebut.
“Saya tak mahu salahkan sesiapa. Namun, saya harus menjawab persoalan-persoalan daripada para peminat dan pengikut di media sosial. Bila jumpa di luar, mereka mesti bertanyakan soalan ini,” katanya.
Katanya lagi, dia juga tidak tahu apa yang sedang berlaku selepas pengarah, Syamsul Yusof kini sedang sibuk mempersiapkan filem terbaru yang berjudul, The Original Gangster.
“Bila ada pula yang tanya tentang penglibatan saya di dalam KL Gangster 3, saya pun tak tahu nak jawab macam mana?
“Ada satu ketika itu, saya ingatkan seperti ada harapan untuk Gangster Pasar Borong kembali semula untuk beraksi. Tiba-tiba sekarang lain pula ceritanya. Banyak sangat perkara kalau nak bercerita.
“Sekarang pula dah tiada KL Gangster 3. Digantikan dengan The Original Gangster. Saya pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku,” kongsinya lagi.
Dek kerana bosan menunggu, P. Jegan mendedahkan dirinya sedang berusaha untuk menghasilkan sendiri filem berkisarkan gangster pasar borong demi memenuhi permintaan peminat.
“Bagaimanapun, pada pendapat saya, permintaan peminat tidak seharusnya kita hampakan. Bila dah jadi begini, saya tiada pilihan lagi.
“Kalau sudah tiada lagi perkara yang kita boleh persetujui bersama, saya putuskan untuk buat filem sendiri. Saya akan usahakan filem Gangster Pasar Borong. Bukan sekarang tapi dalam masa terdekat.
“Saya dah bosan menunggu. Babak di pasar borang tidaklah besar sangat tapi dah masuk 13 tahun pun orang masih boleh ingat. Itu bermakna babak tersebut boleh pergi jauh.
“Namun, ramai yang tidak berfikir. Mereka khayalkan perkara yang tak berlaku. Dalam erti kata lain, syok sendiri. Awak buat cara awak, saya dengan cara saya,” akhirinya.
Sebelum ini, Syamsul pernah memaklumkan filem The Original Gangster bukan sambungan bagi francais KL Gangster sebaliknya merupakan filem baharu.
Baru-baru ini pula, The Original Gangster sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas Aaron Aziz mendedahkan dirinya telah dibuang daripada membintangi filem berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok P. Jegan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Habis Duit Aku…,” – Datuk Seri Aliff Syukri Belanja RM200k Dalam Masa 1 Jam Borong Item Jenama Mewah

Sebut sahaja mengenai Datuk Seri Aliff Syukri, ada sajalah kisah yang menarik perhatian ramai.
Terbaru, penyanyi lagu Bobo Di Mana ini sekali lagi ‘memancing’ mata ramai apabila dia mengakui berhabis ratusan ribu ringgu dalam masa satu jam saat membeli-belah di sebuah butik mewah.
Aliff bersama keluarganya kini sedang berliburan di Sydney, Australia.
Menerusi video tersebut, dapat disaksikan Aliff gigih memilih item yang mahu dibeli, selain turut ditegur juru jual supaya tidak merakam sesi membeli-belah berkenaan.
“Habis duit aku sejam rm200k. Maaf abg saya janji pari2 saya tak rekod lagi. Apa pun sy akan lena tido malam ni sbb kasut sy yg saya cari 3negara akhirya jumpa di sinI.
“Kasut limited lv kini sy juga. Nanti saya pakai masa time meeting @as.legacymalaysia okey smua dan sy akan belikan korang hadiah jugaa tunggu,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Video tersebut kini sudah pun ditonton lebih 20,000 kali bersama ratusan komen dari netizen yang rata-ratanya terkejut mendengar amaun yang dihabiskan pengasas kosmetik berkenaan ketika membeli-belah.
Pada masa sama, Aliff turut meminta pandangan daripada para pengikutnya mengenai stail salah satu kasut yang mahu dibelinya.
View this post on Instagramlawa tak?? patut tak saya beli? kalau ramai yg komen lawa saya beli???
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Foto: Instagram Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI