Kartini Kamalul Ariffin atau lebih dikenali sebagai Tini yang suatu ketika dahulu cukup popular sebagai pengacara rancangan 3R dan penyampai radio Hot.fm kini bergelar doktor falsafah dalam bidang komunikasi.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Dr Kartini berkongsi mengenai perjalanan menyiapkan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran (PhD) di Infrastructure University Kuala Lumpur. Berjaya mengharungi tempoh 6 tahun pengajian, dia ternyata memberikan inspirasi kepada umum.

“Terima kasih Allah kerana membimbing saya melalui usaha ini. Semoga saya terus dibimbing untuk menggunakan ilmu ini untuk visi saya, agama saya, masyarakat saya dan untuk kebaikan yang lebih besar,” kongsinya.

Tini 3R Kini Bergelar Doktor Falsafah Dalam Bidang Komunikasi

Ads

Memilih tajuk tesis, Women Leadership in Creative Industry in Malaysia, pencapaiannya menggengam ijazah kedoktoran cukup memberi inspirasi, lebih-lebih lagi pada awal tahun ini dia diuji dengan kanser payudara.

Imbas kembali perjanalannnya dalam dunia akademik, sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran, Dr Kartini sebelum ini terlebih dahulu telah menamatkan pengajian peringkat sarjana di Goldsmiths, University of London pada tahun 2007 dalam bidang Kewartawanan Penyiaran.

Tini 3R Kini Bergelar Doktor Falsafah Dalam Bidang Komunikasi

Ads
Tini 3R Kini Bergelar Doktor Falsafah Dalam Bidang Komunikasi
Fara Fauzana antara sahabat yang meraikan kejayaan yang dikecapinya.

“Masa my master back in 2007, saya tak hadiri pun majlis konvokesyen. Lama nak tunggu dan masa tu graduation di Goldsmiths, University of London. Jadi nak tinggal di London kena sewa rumah, perbelanjaan pun bertambah.

“Balik KL terus mula berkerja balik dengan Hot.fm, kemudian nak pergi balik untuk majlis graduasi, dah mula sibuk dan tiket kapal terbang pun tak murah. Jasi saya skip convocation utuk MA Broadcast Journalism. Sijil universiti poskan ke Malaysia. Sampai sekarang menyesal,” ujarnya panjang mengimbau kenangan lalu.

Ads

Selain itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berpesan agar jangan bertangguh dalam melakukan apa-apa. Kongsinya, “Untuk ijazah kedoktoran ini memang saya bertungkus lumus  buat pembetulan tesis sejak Ogos untuk mengejar majlis graduasi sesi November 2023. Kalau tak kena tunggu tahun 2024. We don’t know what the future holds, jadi jangan bertangguh.”

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI