Primadona, Erra Fazira enggan mencampuri urusan rumah tangga bekas suaminya, Engku Emran bersama aktres terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang sudah pun terlerai baru-baru ini.

Katanya lagi, dia mengetahui akan hal yang berlaku tetapi ia tidaklah secara mendalam.

“Saya tidak mencampuri urusan rumah tangga walaupun dia bekas suami dan bapa kepada anak saya. Kalau mereka tak buka mulut, saya akan zip mulut saya.

“Tipu lah kalau saya tidak tahu mengenai pergolakan yang berlaku sedikit sebanyak, tetapi secara mendalam saya tidak tahu dan tidak mahu tahu.

Ads

“Saya tak nak korek pun, hanya tahu cerita dasar sahaja. Itu bukan cara saya untuk korek dan salah saya kalau nak ambil tahu,” katanya kepada MH.

Bintang filem Wangi ini turut menambah, dia dan bintang Seberang itu ada berhubungan, tetapi hal yang dikongsi juga tidaklah terlalu terperinci

“Sebagai wanita kami ada berbicara menerusi teks, tapi hanya perkara-perkara umum sahaja, tidak begitu terperinci.

Ads

“Bella juga tidak bercerita lebih kepada saya. Memang kami rapat tapi tidaklah selalu berhubung,” jelasnya yang mengakui ada menitipkan nasihat buat Bella.

“Saya pun wanita dan ada beri semangat kepadanya melalui mesej. Tiada siapa yang mahukan perceraian, saya pun pasti Bella dan bekas suami pun begitu.

Ads

“Mereka dah cuba tapi itulah ketentuanNya,” katanya lagi.

“Bagi saya,di dalam setiap pahit pasti ada hikmah dan manisnya. Allah uji sebab Allah sayang dan ada la ganjaran itu. Bersabar sahaja.

Erra ditemui di majlis pelancaran sebagai duta produk penjagaan rambut Faith Fleur di Menara KL, pada Isnin.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI