Hos dan usahawan, Neelofa tampil memberikan respon berhubung kisah tular berkenaan sebentuk cincin merisik pemberian keluarga pendakwah bebas, PU Riz yang didakwa telah disarungkannya semula pada jari manisnya.

Lalu secara tidak langsung, ada yang membuat andaian bahawa hubungan di antara mereka masih lagi baik.

Neelofa menjelaskan, wujud banyak salah faham serta cerita tidak berasas sehingga memburukkan keadaan dan hubungan mereka.

“Alhamdulillah hubungan kami berdua baik-baik sahaja. Apa yang terjadi baru-baru ini, disebabkan banyak salah faham serta cerita-cerita yang tidak berasas hingga memburukkan lagi keadaan. Namun hakikatnya hubungan kami okay.

“Tipulah dalam setiap perhubungan tiada salah faham berlaku. Pasti ada pahit manis serta naik turun yang perlu kami lalui bersama. Kami juga sama seperti pasangan lain.

“Tapi syukur kami berdua berjaya menyelesaikan masalah dan cabaran yang timbul dengan berkat bantuan keluarga.

Ads

“Selain itu, kami juga banyak berbincang dan berkomunikasi untuk menyelesaikan salah faham yang terjadi. Alhamdulillah hubungan kami semakin baik dan positif,” katanya.

“Tipulah Dalam Setiap Perhubungan Tiada Salah Faham Berlaku,” – Hakikatnya Masih Okay, Neelofa Perincikan Hubungan Dengan PU Riz “Tipulah Dalam Setiap Perhubungan Tiada Salah Faham Berlaku,” – Hakikatnya Masih Okay, Neelofa Perincikan Hubungan Dengan PU Riz

Neelofa berkata demikian pada sesi sidang media pelancaran aplikasi TheNoor yang diadakan secara dalam talian, pada Khamis.

Ads

Neelofa menerusi syarikat Noor Luminous Sdn Bhd melancarkan aplikasi gaya hidup Islamik perdana mereka iaitu TheNoor.

Menurut Neelofa, mengenai perancangan untuk menuju ke gerbang perkahwinan dia bakal kongsikan berita gembira itu dalam waktu terdekat ini.

“Saya akan kongsi dalam masa terdekat, Insha-Allah. Dalam keadaan sekarang banyak limitnya, sebelum saya betul-betul buat keputusan.

Ads

“Saya pun ada hubungi beberapa pihak bagi bertanyakan mengenai kebenaran untuk mengadakan majlis dan sebagainya, tapi banyak persoalan yang tidak jelas jadi saya tak boleh nak kongsikan butiran ini sekarang,” katanya.

Terdahulu, situasi hubungan Neelofa dan PU RIz menjadi perbualan hangat warganet di media sosial apabila status yang dimuat naik oleh ahli keluarga Neelofa dilihat seakan-akan menyindir seseorang.

Malah foto-foto merisik pasangan itu juga turut dipadam di Instagram hingga menguatkan lagi dakwaan berlakunya masalah dalam di hubungan berkenaan.

Hingga ada yang mendakwa, sehingga hubungan Neelofa dan PU Riz sudah berakhir.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI