Pelakon Ruhainies terbuka dengan pandangan warganet susulan permohonan maaf yang dilakukan aktres tersebut mengenai isu kontroversi yang berlaku, sebelum ini.
Menurut Ruhainies, ia terserah kepada warganet untuk menilai sejauh mana keikhlasan permohonan maaf yang telah dinyatakannya itu.
“Apa yang boleh saya katakan, cuma diri saya dan Tuhan sahaja yang tahu. Orang nak cakap ikhlas atau tidak, itu terpulang. Setiap pandangan orang di luar kawalan saya.
“Jadi saya tidak boleh nak cakap apa-apa,” katanya kepada media ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Fiziwoo Raya di Setiawangsa, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Ditanya sejauh mana hubungannya dengan aktor Aliff Aziz yang sebelum ini turut berkongsi mengenai hal berkaitan di dalam satu siri podcast baru-baru ini, Ruhainies lebih senang sekiranya isu tersebut tidak dipanjangkan.
“Jujurnya, saya kalau boleh tidak mahu untuk cerita panjang lebar lagi mengenai isu ini. Saya rasa, ‘cerita’ ini sudah sampai ke penghujung, Insya-Allah. Itu yang kita semua harapkan.
Ads
“Saya percaya bukanlah saya sahaja, malah semua orang termasuk netizen sudah penat dengan isu ini yang berlanjutan sudah dua bulan. Kalau boleh kita nak tutup buku, nak buka buku baru.
“Sebab dari pihak Aliff dia sudah pun meminta maaf dan begitu juga dengan saya. Jadi saya tak mahu panjang-panjangkan lagi memandangkan kita nak fokus kepada perkara yang lebih berfaedah.
“Saya di sini kalau boleh nak berkongsi mengenai berita yang baik kerana benda yang telah berlaku lebih kepada hal yang negatif.
Ads
“Malah saya pun tak mahu sajikan hal negatif kepada orang luar terutamanya netizen yang membaca. Kalau boleh saya nak kongsi mengenai kerjaya dan berita gembira,” katanya lagi.
Ruhainies bagaimanapun percaya apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersendiri.
“Tipulah kalau saya cakap apa yang berlaku tak berikan kesan langsung, sudah tentulah ada. Setiap ujian pasti ada hikmahnya.
Ads
“Apa yang saya nak kongsikan di sini… Saya dapat banyak tawaran kerja baharu daripada negara Seberang. Saya tak boleh nak kongsi lanjut kerana ia masih dalam peringkat perbincangan.
“Malah isu ini pun bukan viral di sini ini saja tetapi hingga ke negara luar juga kan… ke China pun,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang juga adik kepada Syatilla, Syida Melvin akhirnya berkongsi kepada umum wajah anak sulungnya, Safa Safeera selepas selamat bersalin 12 hari lalu.
Sambil memanjatkan rasa syukur atas kehadiran ahli baru dalam keluarganya, Syida turut mendoakan agar anaknya yang dipanggil Pia membesar sebagai anak solehah.
“Alhamdulillah syukur kehadrat illahi, keatas Anugerah Allah yang sangat2 berharga ini. Syukur. Harini Baby Pia dah 12 hari.
“Doakan @safasafeera sihat sejahtera, menjadi anak yang solehah dan berguna. Aunty rasa muka Pia ikut muka Ibu ke daddy Pia? Hehehehehehek jom share!,” tulisnya.
Lalu di ruangan komen, para peminat telah memberikan pandangan masing-masing.
Syida juga turut berkongsi Instagram khas buat anaknya itu yang kini sudah mempunyai hampir 7,000 pengikut.
Sementara itu menerusi satu lagi posting yang dikemas kini, Syida turut berkongsi video pendek gelagat anaknya itu yang dirakam tersenyum sejurus bangkit dari tidur.
Syida atau nama sebenarnya, Siti Nur Syida Amirol Melvin berkahwin dengan Mohd Syafiq Azim Shaheen pada Januari 2019 dan keduanya meyambut kelahiran puteri pertama 20 Februari lalu.
Foto: Instagram Syida Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon prolifik Indonesia, Dian Sastrowardoyo menerusi satu hantaran poster bertulis di laman Instagramnya memberi penegasan supaya isu gangguan seksual dalam industri filem Indonesia perlu segera ditangani dan diselesaikan.
Jelas pelakon yang popular menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta ini, dia mahu perubahan dilakukan segera bagi mencipta ruang seni yang positif.
Ujarnya pada status hantaran dengan penjelasan panjang lebar itu, “Perubahan adalah sekarang. Masa untuk menjadi aktif, telus dan tegas. Tunjukkan sokongan anda.” Ucapan ini disertakan dengan tanda pagar berpihak pada mangsa dan ruang selamat dunia perfileman.
Menerusi poster bertulis yang dimuat naik itu, Dian menyatakan yang selama ini kekerasan seksual di dalam ekosistem dunia perfileman masih terjadi. “Secara realitinya keganasan seksual dalam ekosistem filem masih berlaku dan tanpa peraturan yang jelas, semua orang boleh menjadi pelaku atau mangsa.”
Menurutnya lagi, setakat ini ramai mangsa gangguan seksual yang berdiam diri kerana tiada sistem pengendalian yang baik dan tidak berat sebelah. Justeru, Dian Sastro menganggap ini sebagai kerja rumah setiap orang yang mengambil berat untuk membuat kesimpulan dan menegakkan etika kerja.
Bagi Dian Sastro, salah satu cara untuk mewujudkan ruang kerja yang selamat daripada keganasan seksual ialah dengan mewujudkan dasar atau Standard Operating Procedure (SOP). “SOP tersebut bertujuan untuk mendidik, mencegah, melindungi dan mengambil tindakan tegas terhadap laporan yang yang dikemukakan,” katanya lagi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber: Instagram Dian Sastrowardoyo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!