Ibu kepada usahawan dan penyampai radio, Shuib iaitu Salamiah Jalani berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah pada Ahad.
Perkara tersebut dikongsikan Salamiah menerusi beberapa foto yang dikongsikan pada laman Instagram miliknya.
Mencuri perhatian, Watie Hanifiah yang mengenakan persalinan jubah hitam turut dilihat di dalam gambar, hadir bersama-sama menghantarnya ke lapangan terbang sebelum berangkat bersama ahli keluarga lainnya.
“Hari ini Ayash (cucu) datang hantar nenek pergi menunaikan umrah,” tulisnya pada foto terbabit.
Meninjau ke ruangan komen, Watie ada menitipkan ucapan semoga urusan umrah Salamiah dipermudahkan.
Anaknya Shuib turut memberikan respon buat ibu tercinta.
“Semoga dipermudahlan segala urusan mama dan mendapat umrah yang mabrur ma,” tulis Watie.
“Semoga dipermudahkan urusan pergi dan pulang. I love you mama,” dedikasi Shuib.
Komen yang ditulis mereka juga menerima tanda suka para peminat.
Artikel Berkaitan;
“Daripada 58 Kg To 68 Kg, Nak Salahkan Siapa Sebenarnya Ni,” – Watie
Umur Watie Hanifiah Genap 35 Tahun, Shuib Ucap; “Selamat Ulang Tahun.”
Shuib Akui Keluar Makan Bersama Watie, Dalam Fasa Berkawan; “Kami Dinner Bersama Anak-Anak Saya.”
Sementara itu, menerusi Insta Story, Shuib tidak dapat menghantar ibunya kerana difahamkan, dia terlibatkan dalam sebuah acara di luar kawasan.
“Tak dapat nak hantar mama sebab adik kerja. Semoga dipermudahkan segala urusan pergi dan balik untuk mama. Sayang mama.
“Semoga dapat umrah yang mabrur. Doakan mama saya Salamiah binti Jalani,” tulis Shuib.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.