Bersempena dengan ulang tahun kelahiran suami yang ke-31, pelakon dan usahawan, Fazura menitipkan ucapan istimewa kepada Fattah Amin.
Dedikasi isitmewa itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram.
Bintang filem Dendam Pontianak ini menyifatkan pelakon berkenaan sebagai seorang suami yang hebat.
Pada masa sama, Fazura mengucapkan terima kasih atas kesabaran serta kesetiaan Fattah untuk sentiasa berada di sisinya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini mendoakan agar suaminya dipanjangkan umur dan mendapat keberkatan dunia akhirat.
“Happy birthday to my wonderful husband and Fatima’s daddy. Thank you for everything you do, for your patience and for showering us with your love all day and all night.
“We pray that may Allah SWT always keep you safe in his guidance and bless you with barakah and everything you desire in dunya and akhirah. We love you so much. @fattahaminz,” tulisnya.
Sekadar informasi, Fazura mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017.
Selepas itu, Fazura telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak pertamanya, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober lalu.
Foto: Instagram Fazura