Pelakon Tiz Zaqyah, mempertahankan ucara menyambut kepulangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang berlansung meriah di Lapangan Terbang Pengkalan Udara TUDM, Subang pada Selasa.
Katanya, orang ramai tidak boleh menafikan persembahan hebat yang dipamerkan Tun semasa lawatan kerjanya di New York dan United Kingdom baru-baru ini.
Kenyataan itu dibuat susulan ada individu yang menganggap upacara tersebut seperti membazir dan tiada bezanya seperti kerajaan terdahulu.
“Kalau nak bising pasal setiap kali, understood lah your point. But rasanya there’s an acception for this one. Come on,you can’t deny on this. It was a bravura performance recognized worldwide. No harm ,” tulisnya.
Jelas pelakon tersebut, dia faham sekiranya ada yang tidak setuju sekiranya perkara tersebut dibuat setiap kali Perdana Menteri pulang daripada luar negara.
Namun, dia menyifatkan pengecualian harus diberikan pada kali ini kerana Tun telah melaksanakan tugas dengan begitu baik semasa lawatan kerjanya itu sehingga mendapat perhatian dunia.
Terdahulu, Tun Dr. Mahathir selamat tiba ke tanah air selepas mengetuai delegasi Malaysia ke sesi ke-73 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan lawatan kerja ke United Kingdom.
Foto: Twitter Tizz Zaqyah