“Tiz Zaqyah Pun Layan Bundle Jer,”- Peminat Puji Sikap Rendah Dirinya

Share

Pelakon, Tiz Zaqyah ada berkongsi sekeping foto menerusi akaun Twitter miliknya.

Kongsi bintang drama bersiri Nur Kasih itu, dia telah memakai baju jaket yang dibelinya dari sebuah kedai ‘bundle’.

Malah, pelakon berusia 30 tahun itu turut berkongsi gambar ketika mengayakan jaket tersebut.

“Denim jacket for #bundlechallenge,” tulisnya.

Lantas, perkongsian bintang kelahiran Kuala Lumpur ini mendapat pujian daripada peminat.

Rata-rata peminat memuji sikap rendah diri Tiz yang memakai pakaian bundle atau pakaian terpakai. 

Di samping itu, peminat juga turut berkata wajah Tiz seakan persis seperti wajah penyanyi Indonesia, Agnez Monica.

Tidak kisahlah bergelar selebriti atau tidak, amalan berjimat-cermat itukan satu amalan yang bagus. Betul tak?

Foto : Twitter Tiz Zaqyah

Published by
Nazar Rafiqhi