Pelakon dan pengacara, To’ Puan Syamim Freida bersyukur atas sokongan yang diberikan keluarga dan suaminya, Yang Mulia Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj selepas terlibat di dalam filem terbitan produksi Indonesia berjudul Air Mata Mualaf.
Syamim yang sebelum ini dikenali sebagai Syamim Farid berkata, filem genre drama itu bakal ditayangkan tahun hadapan dan akan memulakan fasa produksi di Indonesia dan Australia.
“Alhamdulillah suami seorang yang menyokong dan memberi kebenaran untuk saya melebarkan sayap ke Indonedia bagi mengembangkan kerjaya seni. Itu yang sangat penting, restu suami.
“Tidak dinafikan ia bukan satu hal yang mudah untuknya memberikan keizinan kepada saya berada di negara orang bagi satu tempoh tertentu untuk bekerja. Jadi bila suami beri ‘lampu hijau’ saya bersyukur.
“Suami juga sentiasa memberikan galakan dan tahu akan minat saya terhadap dunia lakonan khususnya, termasuk ahli keluarga yang lain. Terharu apabila mereka turut memberikan galakan yang tidak putus-putus,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai penglibatannya dalam industri perfileman di Indonesia, Naib Juara Dewi Remaja 2014/15 ini berkata dia mendapat tawaran berkenaan sejurus mengikuti kelas lakonan di sana.
Ads
“Awal tahun lepas, saya ada mengikuti kelas lakonan selama dua bulan di Indonesia. Ketika itu jadualnya agak padat kerana saya perlu ulang alik dari Indonesia ke Malaysia. Selepas tamat pengajian, saya terima tawaran terbabit.
“Filem tersebut belum lagi memulakan penggambaran, namun filem itu baru sahaja selesai majlis pelancaran, membaca skrip dan bertemu sedang para pelakon lain. Syukur mereka alu-alukan kehadiran saya dengan baik dan banyak memberikan tunjuk ajar.
“Di dalam naskhah ini, saya memegang watak sebagai Nina iaitu kawan baik kepada Angie yang dilakonkan oleh Acha Septriasa.
“Agak teruja sebab sebelum ini saya kerap diberikan watak antagonis menerusi drama tempatan dan kali ini situasinya berbeza,” katanya lagi.
Ads
Demi tuntutan watak, Syamim turut mengambil kelas belajar Bahasa Indonesia bagi memudahkan proses penggambaran tidak lama lagi.
“Memandangkan ini satu pengalaman baharu dan perlu berbahasa Indonesia sepenuhnya di dalam filem ini, jadi saya ambil inisiatif dengan mengambil kelas Bahasa Indonesia bersama seorang guru.
“Kami juga sudah memulakan latihan bersama para pelakon lain. Bila berpeluang berada di dalam satu skrin dan dapat berlakon bersama, ia satu momen yang bermakna untuk saya secara peribadi sebenarnya.
“Tak sangka dengan peluang yang diterima, syukur alhamdulillah atas rezeki dan saya tak akan sia-siakan kesempatan ini. Cuba memberikan kualiti lakonan yang terbaik, Insya-Allah,” katanya lagi.
Ads
Selain Syamim dan Acha Septriasa, Air Mata Mualaf juga bakal dilakonkan oleh Achmad Megantara, Rizky Hanggono, Dewi Irawan, Matthew Williams dan ramai lagi.
Dalam perkembangan lain, Syamim baru sahaja muncul dengan program ‘podcast’, Tiga Is3 yang turut menampilkan dua personaliti Uyaina Arshad dan Adriana Adnan sebagai pengacara.
Ia mula bersiaran sejak 22 September lalu, setiap Ahad, jam 5 petang menerusi saluran YouTube FYP Media.
Tiga IS3 ialah sebuah program yang berkongsi pelbagai topik bual bicara menarik, meliputi kisah rumah tangga dan kehidupan harian wanita dalam mendepani situasi semasa yang mencabar ketika ini.
Beberapa hari lalu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri ada menulis surat secara terbuka buat usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illyas untuk bersua dan ‘mengeteh’.
Lalu, menerusi Instagram, penyanyi lagu Syinta Gila itu ada memberikan reaksi terhadap pelawaan berkenaan.
Katanya, dia bukan tidak mahu bertemu dengan mufti, sebaliknya dia risau masyarakat akan mengharapkan sesuatu di luar jangkaan.
“Bukan xnk jumpa mufti, tp nanti masyarakat suka expect too much . Balek jumpa mufti mesti berubah jd laki.
“Lepastu benda lain lg org akan cakap , marketing lah tu nk keluar lagu baru , produk baru . ATAU lagi 1 penunggang agama . Pastu lagi 1 , bodoh la dia ni memang hati hitam dh jumpa mufti masih x berubah,” tulisnya.
Pada masa sama, Safiey turut menjelaskan dia sudah serik.
“Syinta dh serik dah hahaha . Jumpa ustaz ebit haritu pun korang expect mcm2 . Salah ke nk g belajar ilmu agama tambah ilmu.
“Janji kita tahu kita ni berdosa jahil masih terdetik hati nak keluar dakwah 3 hari. Ada yg nak tambah?,” kongsi Safiey lagi.
Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberikan nasihat buat Safiey. Bahkan ada beberapa komen turut dibalas usahawan tersebut. Di samping itu, kelihatan juga komen yang berbentuk kritikan dan kecaman terhadapnya.
Foto: Instagram Safiey lllyas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Amira Othman memberitahu dirinya tetap akan menjalani tempoh kuarantin meski tidak mempunyai hubungan kontak rapat dengan penyanyi, Alif Satar yang disahkan positif Covid-19.
Kongsi Amira, dia turut mengambil keputusan untuk tunda beberapa projek sebagai usahanya dalam mengambil langkah berjaga-jaga.
Jelas penyanyi lagu Hati-Hati ini lagi, adalah amat penting untuk mengambil langkah sedemikian agar dapat menghindari diri daripada terkena jangkitan Covid-19.
“Harini sy ada shoot dengan @globalstationsb sepatutnya tapi atas kebaikan bersama sy terpaksa lepaskan kerja ni walau sy tkde close contact dgn Abg Aliff tp still sy rasa bertanggungjwb sbgi org yg sama sama kena quarantine sbb melibatkan org lain in case apa apa hal kan.
“Duit boleh carik, kesihatan & nyawa kte ni Allah bg kenalah jaga elok2. So stay safe everyone! Jgn salam2 or peluk2 bg yg perempuan.
“Please jaga diri masing2. Minta maaf pada pihak production team yg terpaksa delay harini sbb tnggu result sy.
“InsyaAllah semua yg baik2… ada rezeki lain nanti insyaAllah @rocketfuelent,” tulisnya.
Terdahulu, Amira bersama rakan duet, Sufian Suhaimi turut berentap di episod pertama separuh akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) bagi mempertandingkan lagu berjudul Takkan Berubah, Jumaat lalu.
Foto: Instagram Amira Othman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menyambut ucapan hari kelahiran ibu Fikry, pelakon Farah Nabilah meninggalkan komen yang membuatkan netizen beranggapan kedua-duanya sedang bermain cinta.
Netizen memuji tindakan Farah yang disifatkan sebagai bakal menantu yang baik. Malah tindakannya memanggil ibu Fikry sebagai ‘mak’ menguatkan lagi tanggapan.
Apa yang lucu, gurauan ini dibawa ke laman Instagram Farah Nabilah.