Maestro muzik, Datuk Ramli MS menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-64 pada Khamis dan isterinya, penyanyi Datin Alyah ada berkongsikan detik-detik jam 12 tengah malam bagi menyambut hari istimewa suaminya itu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Alyah atau nama sebenar, Noor Hasliah Abu Hasan, 41, ada memuat naik video menunjukkan gelagat Ramli atau lebih mesra dipanggil Tok Ram yang sedang sibuk bermain snuker sebelum menantikan hari baharu bagi menyambut ulang tahunnya itu.
“Happy birthday @tokram_ramlims.
“Semoga sentiasa berada dibawah perlindungan Allah SWT dunia dan akhirat.
“Tahun ni tak ada surprise-surprise. Konsep terus-terang sahaja katanya… Bila ditanya apa tu? I pun jawab kek.
“Hari jadi you nanti malam, makan dengan kawan ya,” tulis Alyah di ruangan kapsyen.
Dalam entri tersebut, Alyah turut memuat naik ucapan romantis buat suaminya yang disifatkan telah banyak mengajarnya tentang erti kehidupan serta menjadi manusia yang lebih baik.
“Allah berikan kamu untuk aku belajar mengenal Allah. Allah berikan kamu untuk aku tahu apa itu sabar.
Ads
“Allah masih berikan aku bersama kamu untuk aku ketahui bahawa aku juga manusia biasa, bila-bila saja mampu lakukan kekhilafan.
“Allah Maha Hebat, diberikan pelbagai rasa dalam rumah tangga ini untuk aku tahu siapa yang terbaik buatku. I sayang you nie (honey),” titip Alyah.
Penyanyi lagu Kisah Hati itu mendirikan rumah tangga dengan juri program Gegar Vaganza itu dalam sebuah majlis secara tertutup di Indonesia pada 18 Mac 2013.
Ads
Alyah turut memuat naik video kandidnya di Insta Stories.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datin Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak memulakan kerjaya sebagai pengacara televisyen pada tahun 2007, hos Malaysia Hari Ini (MHI) dan pembaca berita, Fadzly Fuad, tidak pernah berkecil hati meskipun namanya kurang dikenali berbanding rakan pengacara lain.
Bagi Fadzly, apa yang lebih penting adalah minat yang disusuli dengan usaha dan rezeki yang telah ditetapkan Allah SWT.
“Saya tak ada perasaan ralat bila orang kurang mengenali saya. Tak ada rasa sebegitu. Saya percaya rezeki untuk dikenali belum sampai.
“Kadang-kadang saya pun rasa suka dengan keadaan sebegini, kurang dikenali.
“Apa yang penting, saya lunaskan kerja saya dan saya mendapat bayaran. Alhamdulillah, setakat ini mereka yang memberi tawaran pengacaraan berpuas hati dengan hasil kerja saya,” katanya.
Rezeki Sepanjang Puasa
Sementara itu, Fadzly atau lebih mesra disapa Ahfad ini turut mengakui jadualnya sepanjang Ramadan dipenuhi dengan pelbagai ‘job’ pengacaraan, terutamanya di festival beli-belah terkenal menjelang Hari Raya.
“Saya bersyukur kerana sepanjang Ramadan, selain kerjaya sebagai hos televisyen, saya sibuk menjadi pengacara festival beli-belah terkenal seperti Starvendors dan beberapa acara serupa.
“Kadang-kadang tak cukup tidur, tapi saya suka apa yang saya lakukan,” ujarnya lagi yang sentiasa bersyukur atas rezeki yang ada.
Bukan sahaja Ramadan, malah bulan Syawal juga turut membuka lebih banyak peluang buatnya apabila dia turut menerima tawaran sebagai pengacara rumah terbuka.
Harapan Untuk Terus Aktif
Walaupun rezekinya ada pada bulan Ramadan dan Syawal, Fadzly mengakui tawaran untuk mengendalikan acara secara langsung agak berkurang di bulan-bulan lain.
“Saya suka mengacarakan acara secara langsung di majlis-majlis luar kerana ia dapat mengasah kebolehan saya sebagai hos.
“Saya berharap rezeki saya melimpah dan mendapat tawaran sama di bulan-bulan lain, Insya-Allah,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memberikan pembentangan meyakinkan di pentas akhir, cadangan menghasilkan produk BioProtein Powder sebagai ikhtiar yang mampu merawat luka kronik telah dinobat sebagai pemenang program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi, INNOVATHON musim 2.
Inovasi yang diketuai oleh Profesor Dr. Azizi Ayob yang juga Pengasas & Pengarah ABA Healthcare Business & Consultancy Sdn. Bhd merangkap Profesor KHAIR/ Pharmacology di University College of MAIWP International (UCMI) sukses membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan pelaburan sokongan pembangunan perniagaan bernilai hingga RM1 juta.
Kemenangan itu sekali gus menafikan kemaraan sembilan finalis untuk merebut status juara bagi musim terbaharu ini.
Azizi terharu kerana segala usaha sepasukan membuahkan hasil dan mereka optimis mahu memanfaatkan kesempatan ini untuk memberi sinar baharu kepada golongan sasaran.
“Sudah pasti saya gembira dan bersyukur. Kami menjalani proses temu duga selama enam bulan dan mampu bertahan sehingga peringkat kelima. Sehingga sekarang, masih belum boleh membayangkan perasaan saya yang bercampur-baur.
“Kejayaan ini melibatkan ramai orang dan inilah yang dinamakan rezeki meski saya tido menafikan, rakan innovator yang lain juga tidak kurang hebat ideanya.
“Ketika diumumkan sebagai juara pada episod ke enam, saya sudah cukup bersyukur kerana berjaya layak ke pentas akhir. Malah, dengan strategi yang dirancang pada malam final, ternyata ia membuahkan hasil,” katanya kepada MH.
Pembentangan Disambut Baik
Azizi menambah, wang kemenangan dan dana sokongan ini akan menjadi pemangkin semangat buat pasukannya untuk melengkapkan projek ini yang telah dimulakannya sejak 20 tahun lalu.
“Dana ini sememangnya sangat membantu. Ketika ini, kami masih di dalam proses untuk melengkapkan keperluan untuk mendaftar projek BioProtein Powder dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Malah, saya juga masih mempunyai pesakit yang mengambil ubat ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kami memang memerlukan dana ini bagi memudahkan proses seterusnya, iaitu untuk dikomersilkan.
“Mudah-mudahan ia dapat dijual kepada rangkaian klinik, hospital swasta dan kerajaan. Jadi, kami memang sangat memerlukan dana tambahan ini. Syukur alhamdulillah,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Azizi turut mendedahkan produk ini telah berjaya menambat hati banyak pihak sejak pembentangannya pada episod keenam.
“Selepas pembentangan tersebut, sudah ramai pihak yang menghubungi saya melalui Facebook dan email. Ada yang meminta saya untuk menjual produk ini kepada mereka dalam usaha mengubati luka kronik.
“Saya pasti memang akan ada permintaan kerana ada ramai pesakit yang menunggu. Namun, saya memerlukan sedikit masa lagi kerana pihak kami perlu mematuhi prosedur KKM. Kami juga perlu menghantar data-data kajian.
“Insya-Allah, produk ini akan memberi manfaat kepada ramai pesakit. Kami juga berhasrat dengan kapasiti yang kami ada untuk pasarkan produk ini di luar negara,” katanya lagi.
Pemenang Lain Tak Kurang Hebatnya
Sementara itu, gelaran naib juara pula menjadi milik Bio Polyol, inovasi untuk persediaan oil-based polyurethane polyol secara natural yang dipimpin oleh Prof Madya Khairiah Badri.
Manakala Bakineer 2.0 yang merupakan inovasi memudahkan proses pembuatan kuih raya seperti semperit dan tart yang dibangunkan oleh Mohd Juwaidy Suhaimi, graduan Kejuruteraan Kimia dari Imperial College London pula di tempat ketiga.
Penuntut Kolej Vokasional Sandakan 2 yang diketuai oleh Muhammad Nur Hisyam Ambon dengan inovasi Buccia Anguria iaitu penghasilan condiment berasaskan tembikai diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Juri bagi kategori Reka Cipta Lestari INNOVATHON.
Anugerah Khas Juri: Teknologi Kreatif INNOVATHON pula diberikan kepada pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Katholik Petaling Jaya, Tan You Han yang memperkenalkan inovasi Posture Manager yang merupakan peranti untuk membantu postur duduk bagi mengurangkan kesakitan.
Satu lagi Anugerah Khas Juri iaitu Saintis Muda INNOVATHON telah anugerahkan kepada pelajar SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru yang diketuai oleh Lee Xue Qi dengan inovasi mereka, Smilescope.
INNOVATHON 2 menampilkan dua Menteri Kabinet iaitu Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli dan juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang sebagai juri tetap di samping juri selebriti Erra Fazira.
Datuk Aznil Nawawi bertindak sebagai Mentor Persembahan INNOVATHON, berperanan dalam membimbing dan memberi motivasi kepada semua peserta program ini.
Jom usha kesemua episod INNOVATHON Musim 2 di aplikasi Astro Go & sooka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sudah saling rapat sejak lebih dua dekad lalu, aktres Fasha Sandha akui teruja apabila berkesempatan untuk menghadiri majlis berkahwinan sahabatnya yang juga bintang Seberang, Luna Maya du Ubud, Bali, Indonesia.