Maestro muzik, Datuk Ramli MS atau Tok Ram menitipkan ucapan terima kasih buat pekerja yang telah memulangkan kembali telefon bimbitnya selepas tertinggal di sebuah stesen pam minyak, baru-baru ini.
Di samping memberikan dedikasi, suami kepada penyanyi Datin Alyah ini turut kagumi sikap jujur pekerja stesen minyak berkenaan.
Menurut Tok Ram, dia sebelum ini pernah alami kejadiaan serupa, namun pekerja tetap pulangkan kembali telefon bimbitnya.
“Terima kasih banyak and well done di atas rules kejujuran pekerja-pekerja kamu (Petronas).
“Dua kali saya tertingal phone di hari dan tempat yang lain di kiosk petrol pump kamu. Dua staff kamu pulangkan balik. Tahniah Petronas….,” tulisnya.
Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian wargamaya yang turut berkongsikan komen.
Rata-ratanya meluahkan rasa syukur dan kagum dengan sikap murni para pekerja stesen pam minyak terbabit.
“Syukur alhamdulillah…” luah seorang warganet.
“Alhamdulillah, syukur Tok Ram,” tulis lagi seeorang netizen yang lain.
“Nasib tak hilang, banyak rahsia kan dalam phone tu,” seloroh peminat.
“Belanja staf Petronas makan Tok…,” cadang peminat.
“Kenapa tak selfie dengan staff tu Tok?,” soal peminat lain pula.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Tok Ram