Tokoh korporat, Tan Sri Ananda Krishnan telah dilaporkan meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.
Perkara itu disahkan syarikat pegangan pelaburan Malaysia, Usaha Tegas Sdn Bhd dalam satu kenyataan pada Khamis.
“Dengan rasa dukacita, kami ingin mengumumkan berita mengenai pemergian Pengerusi kami (Usaha Tegas Sdn Bhd ), Ananda Krishnan Tatparanandam.
“Mediang menghembuskan nafas terakhir pada 28 November 2024,” tulis kenyataan tersebut.
Dilahirkan pada 1 April 1938, hartawan dan dermawan ini terkenal dengan usaha niaganya yang besar seperti syarikat rangkaian telekomunkasi, Maxis Berhad dan juga syarikat penyiaran, Astro.
Mendiang merupakan salah seorang tokoh penting yang banyak memberi sumbangan kepada dunia korporat dan Pembangunan negara.
Tahun ini dalam senarai yang dikeluarkan Forbes, Ananda Krishnan merupakan orang keenam terkaya Malaysia dengan kekayaan bernilai $4.8 bilion.