TokTi Doa Umrah Ini Bukan Yang Terakhir Buat Si Anak, Siti Aafiyah

Share

Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza teruja hasrat menunaikan umrah bersama puteri kesayangan, Siti Aafiyah Khalid menjadi kenyataan.

Popular dengan lagu Anta Permana, TokTi ada berkongsi video yang melihatkan dia mendukung Aafiyah sambil menuju untuk melakukan Tawaf Sunat.

“Alhamdullillah, pengalaman umrah hujung ramadhan pertama kali buat Aafiyah..

“Pengalaman yg takkan saya lupakan sampai bila bila…Aafiyah anak yg baik & mudah nak di jaga.. Semoga Umrah ini bukan terakhir buatmu anakku..

“Teruskan menziarahi Masjidilharam, MasjidilNabawi dan inshaaallah impian ibu kita ke MasjidilAqsa pula nanti ye.. 3 Masjid yang perlu kita usahakan utk ziarah bila kita berkemampuan,” tulisnya.

Tokti turut ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, keluarga dan pengasuh anaknya bersama-sama ke Tanah Suci Mekah.

Terdahulu, mereka selamat tiba di Mekah pada 24 Mei lalu.

Video/ Foto: IG Ctdk

Published by
Amynur Akmal