Meskipun pelakon Emma Maembong sudah pun menjelaskan mengenai status hubungannya dengan salah seorang anggota kumpulan K-Clique, Noki gara-gara keduanya ada memuat naik foto bersama bulan lalu, namun masih ada yang beranggapan bahawa keduanya ada jalin hubungan mesra.
Bagaimanapun menerusi video temu bual bersama Noki menerusi YouTube Mstar Online baru-baru ini, bintang asal Sabah ini menafikan dirinya menjalin hubungan cinta dengan bintang cantik berkenaan.
“Saya dengan dia sudah pun lama berkawan, seperti yang pernah dikata Emma sebelum ini kami sudah lebih tujuh tahun berkawan. Malah kebetulan kakak saya juga berkawan rapat dengannya.
“Awalnya saya mengenali Emma daripada Cacha (adik Emma) terlebih dahulu. Memang hanya kawan, ia jadi isu apabila kami memuat naik foto di Instagram. Memang kalau dikata lebih dari kawan, itu tiada.
Pada masa sama, lelaki ini turut berkongsi perihal ciri-ciri gadis idaman.
“Saya lebih kepada yang bertudung, tinggi, hidung mancung muka Arab sikit. Mulut orang meman tidak boleh tutup. Kalau ada yang mereka mahu cakap, cakaplah. Yang tahu hanya saya dan Emma.
“Kami hanya kawan begitu juga dengan kawan rapat lain yang tahu. Dari awal memang berkawan, janggal sikitlah kalau nak bercinta,” katanya seperti yang dipetik.
Foto/Sumber: Instagram Noki/mStar Online