‘Sahabat hingga akhir hayat’. Itu yang boleh diungkapkan apabila Achey menziarahi pusara sahabatnya, Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu, Gombak, semalam.
Tidak hanya berseorangan, Achey turut ditemani permata hatinya, Nur Tiara Zinnirah yang sama-sama menzirahi pusara anggota kumpulan Bocey itu.
Perkara tersebit dikongsikan Achey atau nama penuhnya Mohd Nasir Hamzah di Instagram miliknya yang telah dirakam seorang individu.
“Bam pinjam TAMAN utk sesi pembelajaran tiara harini. Tak nak blk plak dia,” tulis Achey di ruanagn kapsyen.
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton hampir setengah juta tontonan dan ratusan komen.
Malah, rata-rata berpendapat bahawa Tiara seolah-olah melambai tangan pada Allahyarham sebelum berangkat pulang.
Sementara itu, Achey turut mengajak orang ramai untuk menghadiri majlis tahlil Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 27 Februari (Khamis) ini di Masjid Wilayah.
“Ni ke yang korang cite semalam?.
“Sebelum hamzah hadir dalam hidup arwah… tiara adalah satu2nya baby yang tak takut dgn dia… dia bnyak kali cakap semua baby sebelum ni kalau dia pegang, dia tgk je dah nangis takut.
“Weih bukan ko je bam baby lain kalau nampak aku pun nangis dah hahahaha… tu je istimewa tiara dengan arwah… sbb tu dia lambai ko bam.. jom doakan arwah.
“Oh ya khamis ni jgn lupa ada tahlil terbesar arwah di masjid wilayah .. kalau korang ada masa terluang Jemput dtg yea,” tulisnya.
Terdahulu, Allahyarham,32, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sungai Salak Batu 10 Gombak ketika tidur.
Lebih 2,000 orang hadir di Masjid Gombak Utara (Zakaria) untuk memberikan penghormatan terakhir termasuk rakan artis antaranya Achey, Fizo Omar, Tomok, Black dan AC Mizal.
Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia lapan bulan.
Video : Instagram Achey