
Menerusi entri terkini milik penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza ada memuat naik beberapa keping foto ketika diundang menjadi hos jemputan rancangan MeleTOP, pada Selasa malam.
Lalu, penyanyi lagu Anta Permana ini meluahkan rasa gembira apabila berpeluang menjadi pengacara jemputan program tersebut di samping hos tetapnya, Nabil Ahmad.
“Terima kasih semua yang menonton Meletop. Diharapkan semua sudah terhibur.
“Tq semua yg terlibat @meletop @fiziwoo @epie_temerloh @farahdinana,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji dan berasa terhibur apabila menonton penyanyi berusia 41 tahun menjadi seorang pengacara rancangan televisyen.
Sekadar informasi, Siti telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa pada tahun 2006.
Selepas itu, Siti selamat bergelar ibu selepas melahirkan Aafiyah pada 19 Mac 2018.
Rakan hos terdahulu, Neelofa beberapa bulan lalu mengumumkan dirinya tidak lagi menjadi hos untuk program hiburan terbabit selepas terlibat selama lapan musim.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Macam Ni Lah Tugas Duta…,” – Individu Ini Kecewa Kasut RM600 Buat Kaki Melecet, Netizen Kagum Respon Ayda Jebat

Sejak semalam, tular ciapan seorang individu yang meluahkan rasa kecewa selepas kasut yang baru dibelinya daripada sebuah jenama terkenal antarabangsa telah menyebabkan kakinya melecet sehingga membataskan pergerakannya ketika bekerja.
Jelas individu berkenaan, dia amat mengharapkan kasut tersebut dapat memberikan keselesaan memandangkan dia membelinya dengan harga yang agak mahal.
Disebabkan terlalu kecewa, individu berkenaan memutuskan untuk menjual semula kasut tersebut agar dapat membeli kasut yang lain.
This my first skechers ever and i cam ragu ragu to buy another shoes sebab THIS ONE JE MAHAL NAK MAMPUS AND AKU GUNA SEMUA DUIT AKU UNTUK BELI DIA SINCE KAKI AKU BARU BAIK PATAH SO CAM BELI DEMI SELESA KAKI BUT 😭☠️
The shoes The kecederaan pic.twitter.com/p16A2SfPV1
— kekna (@keknagojes) May 29, 2023
Tidak lama selepas itu, tweet yang kemudiannya tular itu mendapat respon daripada selebriti terkenal yang juga merupakan duta bagi jenama kasut berkenaan iaitu Ayda Jebat.
Jelas Ayda, dia amat bersimpati dengan kisah tersebut dan disebabkan itu, dia bersedia membantu wanita berkenaan untuk membeli semula kasutnya.
Hi. Terbaca your tweet. Can I know which outlet or dekat mana awak beli? Nampak macam ketat. Kesiannya kaki awak sakit.. alhamdulillah my experience, saya ada banyak kasut Skechers semua saya pakai selesa. Takpe, saya beli kasut awak so awak boleh beli kasut lain. DM saya. 💚 https://t.co/as0bakjYHm
— Ayda Jebat (@Ayda_Jebat) June 1, 2023
“Hi, saya terbaca tweet awak. Boleh saya tahu beli di cawangan atau kedai mana? Kesiannya kaki awak sakit.
“Alhamdulillah sepanjang pengalaman saya, saya ada banyak kasut Skechers semua saya pakai selesa. Tak mengapa, saya beli kasut awak so awak boleh beli kasut lain. DM saya,” tulisnya.
Respon daripada Ayda itu nyata telah membuatkan individu tersebut berasa amat terharu.
Hi Ayda Jebat, thank you so much for your concern tapi kaki saya size besar… betul ke awak nak beli, saya nak dm tapi takboleh nak dm pulak 😭
Saya beli March 2023 haritu, baru pakai 3-4 kali sebab taksanggup nak kaki melecet lagi 🥲🤲🏼 https://t.co/lb1YTB22Vk pic.twitter.com/Qse5wmo0sQ
— kekna (@keknagojes) June 1, 2023
“Hi Ayda Jebat, terima kasih sangat atas keperihatinan awak tapi kaki saya size besar. Betul ke awak nak beli, saya nak dm tapi tak boleh nak dm pulak
“Saya beli March 2023 haritu, baru pakai tiga hingga empat kali sebab tak sanggup nak kaki melecet lagi,” balas individu tersebut.
Kata Ayda lagi, dia akan tetap membeli kasut tersebut meskipun saiznya tidak sepadan.
Kaki saya smoll….. hihi! Takpe. Saya boleh bagi siapa yang nak nanti. Boleh dm saya dekat instagram? Skechers which model? https://t.co/iK6vGuFWUh
— Ayda Jebat (@Ayda_Jebat) June 1, 2023
“Kaki saya kasa kecil. Tak mengapa. Saya boleh bagi siapa yang nak nanti. Boleh dm saya dekat Instagram? Skechers which model?,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum terhadap tindakan tersebut selain turut memuji Ayda kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai duta dengan baik.
“Macam inilah tugas seorang duta. Tak sia-sia aku beli Skechers, memang selesa and tahan lasak.
“Baik nya kakak! As usual.
“Sebab inilah saya suka Ayda Jebat sejak cerita rindu awak 200%.
“Ambassador Skechers doing their jobs. Terbaik AJ.
“Baik betul Ayda. Idola betul,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Ayda merupakan antara selebriti yang laris dan selalu dipilih untuk menjadi duta bagi jenama tempatan dan antarabangsa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Twitter Ayda Jebat & Kekna Gojes
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pentas Ni La Abang Kena Sebat Pungkok Dengan…,”- Dapat Menyanyi Di SMK Bangsar, Black Imbau Kenangan 18 Tahun Dulu

Penyanyi, Black Hanafiah mengenang kembali momen-momen hampir dua dekad yang lalu saat menjejakkan semula kakinya di Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar baru-baru ini.
Difahamkan, Black telah diundang bagi mengadakan persembahan istimewa bersempena majlis persaraan salah seorag guru di sekolah berkenaan.
Menurut Black atau nama sebenarnya, Hanifah Muhammad Hanafiah, sekolah tersebut ternyata menyimpan seribu satu kenangan yang tidak mungkin akan dilupakannya sehingga hari ini.
“18 tahun lepas di pentas ni lah abang kena sebat pungkok dengan cikgu disiplin abang tapi Alhamdulillah disebabkan cikgu-cikgu @smkbangsar lah menjadikan abang insan yang berguna,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Sofea Jane itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Malah, Black turut menghargai jasa para guru yang telah mendidiknya menjadi insan yang berguna seperti hari ini.
“Kali ni abang berdiri atas pentas ni sekali lagi dengan karier sebagai seorang penyanyi. Tak kisah ape pon bidang yang paling penting berguna untuk keluarga, agama, bangsa dan negara,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur mendengar kisah tersebut selain turut memuji sikap Black yang masih mengingati mengenai asal usulnya selama ini.
“Mesti kene sebat dengan arwah ikgu Azhari kan?
“Cikgu pun pasti bangga anak murid dia sekarang jadi penghibur.
“Alhamdulillah, tiada dendam di hati akibat kena sebat pungkok. Terbaik Black.
“Alhamdulillah keep it up Black may Allah bless ease for everything and Dayyan will be ur upholstery As shaa Allah.
“Geng budak nakal ni,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Setakat ini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih lebih 60,000 jumlah tontonan di laman Instagram.
Sekadar informasi, Black mula mencipta nama saat menjuarai program realiti nyanyian, Mentor musim ke-3 pada tahun 2009.
Pada ketika itu, Black merupakan anak didik kepada penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Black Hanafiah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jasmine Suraya Ikuti Kelas Tahfiz, Jujur Rasa Satu Perjalanan Indah; “Saya Belajar Secara Berperingkat.”

Pelakon Jasmine Suraya memilih untuk terus fokus kepada hal yang lebih penting dalam hidup berbanding terlalu memikirkan mengenai kisah hangat melibat dirinya di media sosial.
Jasmine Suraya Chin, 33, bagaimanapun mengakui ada ketika komen yang dilontarkan segelintir netizen agak keterlaluan.
“Bagi saya ia sesuatu yang tidak boleh disekat apabila ia melibatkan media sosial. Akan tetapi saya tidak nafikan ada ketika rasa kurang selesa bila sesetengah perkara yang saya lakukan itu menerima kritikan.
“Malah kritikan yang diberikan itu dahsyat kadang-kadang. Seolah-olah ia menjurus kepada serangan peribadi. Misalnya orang mengkritik mengenai pemakaian atau mempertikaikan soal agama serta budaya. Niat kita mungkin berbeza, akan tetapi orang salah erti, begitulah.
“Akan tetapi saya rasa ramai yang terbuka mengenainya cuma saya tidak mahu mengulas panjang kerana ia hal yang sensitif. Sebab itulah saya memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak,” katanya kepada MH.
Jasmine berkata demikian ketika ditemui di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore, Melaka, pada Jumaat.
Artikel Berkaitan;
“Ini Boleh Dikatakan Sebuah Perjalanan Yang Cukup Peribadi Untuk Saya,” – Jasmine Suraya
“Ramai Kata Yang I Look Like Eugene Dalam Penthouse,” – Sama Ke Tanya Jasmine Suraya
Dalam pada itu, Jasmine yang sebelum ini mencuri tumpuan susulan keberadaannya di majlis ilmu anjuran Neelofa menjelaskan dia juga ada mengikuti kelas tahfiz.
“Ketika saya menghadiri majlis anjuran sebelum ini, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu ada yang kenal, duduk pun belakang. Cuma saya hadir untuk sekadar mendengar.
“Saya juga ada menghadiri kelas tahfiz dan bagi saya ia suatu perjalanan yang indah jujurnya. Saya belajar secara berperingkat. Saya rasa, saya menyukainya kerana ia jadi pegangan hidup.
“Perubahan di dalam industri seni berubah dalam masa yang sangat cepat. Satu hari kita berada di atas dan sebaliknya. Jadi untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya, rasa selamat dan stabil. Seperti ada arah.
“Untuk memiliki mereka yang tidak menghakimi, macam kawan-kawan yang mengajar saya, rasanya selamat. Cuma kalau boleh tak mahu ulas tentang perkara sebab ia peribadi. Kalau boleh tak nak orang asyik bertanya itu ini.
“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak mahu prosesnya berlaku dalam keadaan yang tertekan. Apa pun bersyukur kerana saya juga ada ikuti sesi bersama Neelofa secara ‘zoom meeting’. Ramai terbuka menerima, berbanding mereka yang mempersoalkan.
“Cuma pada awalnya saya rasa malu kerana sangka ramai akan menghakimi, tetapi sebaliknya yang berlaku,” katanya yang turut tumpang gembira atas kemenangan karyawan yang bertanding di FFM kali ini.
Terdahulu, Jasmine pernah tersenarai sebagai calon akhir bagi kategori Pelakon Wanita Harapan di FFM30 menerusi persembahannya di dalam filem PASKAL The Movie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI