
Usahawan, Mila Jirin ada memberi pendapat mengenai isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini sedang hangat diperkatakan.
Mila atau nama lengkapnya Norsyamilla Jirin menyarankan pihak kerajaan membenarkan pengeluaran wang (KWSP) bagi individu yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Juara program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima (AF5) ini berharap pihak kerajaan lebih peka dengan permasalahan kewangan yang dihadapi oleh masyarakat ketika ini.
“Wahai kerajaan TOLONG bantu mereka yang amat MEMERLUKAN.
“Tan Sri @muhyiddinyassin_official saya mencadangkan, mereka yang nak keluarkan duit mereka ini ikut cara MORATORIUM contohnya bagi bukti memang pendapatan merosot, gaji dipotong dan diberhentikan kerja atau apa sahaja lah yang difikirkan baik.
“Asalkan dapat bagi sedikit dana mungkin boleh dijadikan START UP unt merela berniaga kecil kecilan.
“Bantulah mereka wahai KERAJAAN…Rakyat sedang susah…,” tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.
Foto: Instagram Mila Jirin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Biar Apa Pun Yang Datang, Setiaku Hingga Hujung Nyawa” – Dedikasi Wan Azizah Buat Anwar, Rai Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-40

Satu status di Twitter rasmi milik Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mendapat perhatian netizen apabila ahli politik itu dilihat ada memberi titipan kata bersempena dengan ulang tahun perkahwinan bersama suaminya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR memberikan dedikasi ucapan istimewa itu atas kesetiaan hubungan bersama suami tercinta.
“Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama. Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa.
“Selamat ulang tahun perkahwinan bersama @anwaribrahim yang ke 40,” tulisnya awal hari ini.
Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama. Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa.
Selamat ulang tahun perkahwinan bersama @anwaribrahim yang ke 40. pic.twitter.com/KIAIJptjWN
— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) February 26, 2020
Sehingga kini, status yang dimuat naik sudah pun menerima lebih 8,000 tanda suka bersama-sama ucapan tahniah buat pasangan berkenaan.
Sementara itu menerusi entri terkininya di platform sama, keduanya yang juga merupakan pemimpin tertinggi dalam kerajaan Pakatan Harapan menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bersama rombongan Ahli Parlimen PKR yang lain dalam sesi kedua di Istana Negara hari ini.
Bersama ahli2 parlimen Keadilan menjunjung kasih merafak sembah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDPA XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Istana Negara. pic.twitter.com/EPjMr8mvyc
— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) February 26, 2020
Foto: Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dianjurkan 2 Hari Berturut-Turut & Tiket Habis Terjual, BBF Gabungkan Artis 4 Buah Negara Asia Yang Popular!

Lain daripada yang lain, Banyak Bagus Festival (BBF) berjaya menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina dalam sebuah festival muzik di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa The Mines bermula hari ini.
Menurut Pengarah Syarikat Banyak Bagus Entertainment David Chua Boon Ghee, dia berminat untuk mengadakan acara itu selepas berjaya membawa beberapa artis dari Malaysia menjayakan konsert di luar negara.
“Selepas menimba pengalaman di Los Angeles, Amerika Syarikat selama 10 tahun dalam bidang penganjuran konsert dan penerbitan muzik serta membawa artis Malaysia ke luar negara, saya nampak ada banyak potensi membabitkan artis dari Asia.
“Saya pernah menganjurkan konsert artis Thailand di sana. Kebanyakan pembeli tiket adalah penonton Muslim dan mereka hafal kesemua lagu mereka.
“Jadi saya nampak potensi yang besar untuk penyanyi dari Asia mengembangkan bakat mereka sekali gus memberi idea untuk saya menggabungkan artis dari empat negara di bawah satu pentas,” katanya.
David berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sidang Media BBF di Palm Garden Hotel Putrajaya, pada Sabtu.
Dalam pada itu, penyanyi tanah air yang akan membuat persembahan untuk dua hari konsert terbabit berlangsung ialah Dolla, Jaclyn Victor, Aisha Retno dan Insomniacks.
Artis Thailand pula diwakili Tilly Birds, Nanon, Getsunova, LYKN, 4EVE, dan Atlas manakala artis Filipina diwakili Ben & Ben dan Zack Tabudlo.
Sementara itu, Lyodra dan Fabio Asher mewakili artis dari Indonesia.
David turut menambah, kesemua artis yang membuat persembahan di BBF adalah nama-nama yang besar dan popular di negara masing-masing.
“Artis yang kita senaraikan ini mempunyai ramai peminat, bukan sahaja di negara mereka sendiri tetapi juga merentas sempadan.
“Pemilihan mereka juga dibantu peminat yang memilih mereka menerusi kaji selidik yang kami buat di media sosial,” katanya lagi.
Menurutnya, tiket festival BBF 2024 habis terjual dan kira-kira 3,000 peminat bakal memeriahkan acara itu.
BBF 2024 yang bakal berlangsung selama dua malam berturut-turut bermula hari ini dan esok.
Konsert ini dibawakan khas oleh Livepass Asia dan Banyak Bagus Entertainment dengan kerjasama LR Asia.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Usia 26 Tahun & Pernah Jadi Wartawan Penyiaran, Ahirine Ahirudin Awalnya Risau Berlakon Di Samping Hattan

Meskipun berstatus anak kepada pengamal media berpengaruh yang juga Pengarah Eksekutif Petra News, Datuk Ahirudin Attan, pendatang baharu Ahirine Ahirudin, 26, mengakui bapa tidak pernah menghalang minatnya untuk terjun dalam dunia lakonan.
Malah, bapanya sentiasa menyokong apa sahaja minatnya sama ada dalam dunia seni, bidang penyiaran mahupun kewartawanan.
“Sebelum ini, saya pernah bertugas sebagai wartawan penyiaran dan pengacara program televisyen (TV). Selepas menceburi bidang lakonan, saya masih menulis secara sambilan, tetapi dalam portal automotif,” katanya.
Bintang tinggi lampai ini bakal muncul menerusi filem Gadis Jolobu The Movie arahab CL Hor tidak lama lagi.
Ahirine menambah, bapa turut mencadangkannya untuk tinggal di kampung selama sebulan bagi menguasai dialek Negeri Sembilan.
Ini kerana, naskhah berkenaan memerlukannya untuk memahami dan bertutur dalam dialek Negeri Sembilan.
Dalam filem genre komedi romantik terbabit, pemegang Ijazah Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu bergandingan dengan barisan pelakon otai iaitu Datuk Hattan, Khir Rahman dan Joey Daud.
“Saya boleh memahami dan bertutur sedikit dialek Negeri Sembilan kerana abah berasal dari Lubok Cina, Melaka. Sudah tentu ahli keluarga banyak bertutur dialek Negeri Sembilan.
“Kampung abah hanya bersebelahan Kampung Lonek, Negeri Sembilan yang menjadi lokasi penggambaran filem ini. Namun, saya tidak boleh tinggal lama di kampung kerana ada komitmen kerja lain,” katanya.
Filem terbitan syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studios Sdn Bhd turut menampilkan anak Hattan, Adam E dan Nizam Laksamana.
Menariknya, filem berteraskan dialek Malaysia itu memberi tumpuan pada budaya dan tradisi Minangkabau dari Negeri Sembilan.
Mengulas watak Jijah dalam filem, kata Ahirine, ia mempunyai persamaan dengan dirinya yang menyukai aktiviti lasak dan sukan permotoran.
Jelasnya, watak Jijah iaitu gadis yang berasal dari kampung dan bersifat lemah lembut, tetapi meminati sukan lasak.
“Jijah adalah gadis yang bertugas sebagai pegawai tentera dan pulang ke kampung untuk menjaga neneknya.
“Saya tidak perlu bertutur dialek Negeri Sembilan pekat sangat kerana Jijah bekerja di bandar. Selain dibantu Hattan dan pelakon kelahiran Negeri Sembilan, ada guru lakonan memberi bimbingan dari segi dialek dan sebagainya,” katanya lagi.
Bercakap soal cabaran, Ahirine mengalami sakit badan lebih seminggu ketika merealisasikan babak pertarungan dengan penjahat.
“Selain dibantu koreografer aksi, saya memang ada asas dalam seni mempertahankan diri iaitu Muay Thai dan Krav Maga.
“Masih banyak aspek lakonan yang perlu diperbaiki terutama ekspresi muka. Ini kerana sebelum ini saya banyak berada di belakang tabir untuk babak aksi dan lagak ngeri dalam filem,” katanya.
Berkerjasama dengan Datuk Hattan, Ahirine akui mudah mendapatkan keserasian dengan figura senior tersebut.
“Pada mulanya, saya risau untuk bekerja dengan artis otai seperti Hattan. Maklumlah, watak Jijah banyak dengan Atan (Hattan) termasuk babak romantik.
“Bagaimanapun, selepas saya bawa Hattan naik motosikal pusing bendang dan ronda keliling kampung, perasaan risau hilang, malah sering ketawa dengan telatah lucunya,” katanya yang juga tiada masalah bekerjasama dengan Khir dan Joey.
Gadis Jolobu The Movie dihasilkan susulan kejayaan lagu duet Hattan bersama Waris, Gadis Jolobu yang meraih tontonan hampir 10 juta di YouTube.
Filem ini akan menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara bermula 4 Ogos depan dan turut ditayangkan di platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY yang akan diumumkan kemudian.
Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI