“Tolong Bantu Mereka Yang Amat Memerlukan,” – Isu Pengeluaran KWSP, Mila Jirin Beri Cadangan Kepada Kerajaan Iaitu…

Share

Usahawan, Mila Jirin ada memberi pendapat mengenai isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini sedang hangat diperkatakan.

Mila atau nama lengkapnya Norsyamilla Jirin menyarankan pihak kerajaan membenarkan pengeluaran wang (KWSP) bagi individu yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Juara program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima (AF5) ini berharap pihak kerajaan lebih peka dengan permasalahan kewangan yang dihadapi oleh masyarakat ketika ini.

“Wahai kerajaan TOLONG bantu mereka yang amat MEMERLUKAN.

“Tan Sri @muhyiddinyassin_official saya mencadangkan, mereka yang nak keluarkan duit mereka ini ikut cara MORATORIUM contohnya bagi bukti memang pendapatan merosot, gaji dipotong dan diberhentikan kerja atau apa sahaja lah yang difikirkan baik.

“Asalkan dapat bagi sedikit dana mungkin boleh dijadikan START UP unt merela berniaga kecil kecilan.

“Bantulah mereka wahai KERAJAAN…Rakyat sedang susah…,” tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Foto: Instagram Mila Jirin 

 

Published by
Nazar Rafiqhi