Sekian lama menyepi dari sebarang produk muzik baru, penyanyi, Anuar Zain mengakui rindu untuk kembali beraksi di atas pentas.
Namun, ulasnya berat badan yang mencanak naik adalah satu masalah besar yang harus disingkirkan, sebelum kembali aktif secara total.
Menjelang usia 49 tahun, tambahnya lemak mula ‘bermesra’ sehingga berat badannya naik 12 kilogram.
“Waktu umur 40 hingga 43 tahun berat badan saya memang ideal. Bila masuk 45 tahun, boleh dikatakan ‘hello lemak’. Memang saya harus lakukan sesuatu. Tapi tak mahulah terlalu kurus.
“Jadi nak dekat bulan puasa, selalunya saya akan hilang berat. Berat saya sekarang 81.6 kilogram.
“Memang tidak gemuk tapi saya rasa berat. Susah bila ada ‘one pack’, tidak selesa,” katanya sambil ketawa kepada MH.
Sementara itu ibarat diam ubi berisi, ulas penyanyi Lelaki Ini sekarang mengakui dia kini aktif menjual produk kecantikan, Allevier by Anuar Zain.
Ulasnya, sebagai selebriti, dia harus sentiasa tampil bersih dan kemas dengan menggunakan produk terbaik.
“Saya kena jaga penampilan kerana peminat seringkali bertanya produk apa yang saya pakai.
“Jadi sebab itulah terjadinya projek ini. Harap semuanya berjalan lancar, insyAllah,” katanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI